KUALA LUMPUR : Kerajaan didesak supaya menaikkan cukai judi sebanyak lima peratus selaras dengan kenaikan cukai rokok yang berkuat kuasa baru-baru ini.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenaikan cukai rokok itu adalah wajar memandangkan harga rokok di negara lain juga mahal berbanding di negara ini.
Namun, katanya, menghairankan apabila cukai judi tidak pernah dinaikkan sedangkan industri itu melibatkan urus niaga berbilion dan ada kalanya mencecah trilion.
Bercakap dalam sidang media pada Khamis, Ibrahim berkata, kerajaan boleh mengasingkan hasil kutipan kenaikan cukai itu dan diletakkan dalam Tabung Biasiswa Rakyat Malaysia.
“Wujudkan satu tabung dipanggil Tabung Biasiswa Rakyat Malaysia. Di mana pelajar-pelajar bukan Islam bukan Bumiputera boleh mendapat pinjaman daripada tabung ini.
“Dan saya percaya jika lima peratus, saya percaya dua, tiga bilion boleh diperolehi dengan mengutip cukai judi,” jelasnya
- Free Malaysia Today
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.