Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang disiasat kerana kemungkinan melakukan kesalahan fitnah, akan dirakamkan kenyataannnya hari ini.
Menurut Bloomberg yang memetik pegawai khas kepada Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan pertemuan itu menerusi teks pesanan ringkas.
Sementara itu, wartawan mula berkumpul di Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur kerana menjangkakan Mahathir akan memberi keterangannya di bangunan itu.
Kereta polis juga telah kelihatan di perkarangan bangunan itu sekitar jam 10.40 pagi.
Bagaimanapun, kehadiran Mahathir tidak dapat dipastikan.
Media juga hanya dibenarkan menunggu di luar bangunan dalam hujan gerimis.
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata, Mahathir telah memberikan 6 November sebagai tarikh tentatif.
Katanya, Mahathir akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah.
Ini adalah berkaitan dengan kenyataannya semasa perhimpunan BERSIH 4, di mana Mahathir membuat dua penampilan pada 29 Ogos dan 30 Ogos dan menuduh pemimpin Umno menerima rasuah.
Berikutan itu, beberapa pemimpin bahagian membuat laporan polis terhadap Mahathir.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara juga menjelaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak disiasat kerana kehadirannya pada perhimpunan tersebut, yang antara lain, menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahathir semasa pemerintahan 22 tahunnya menentang perhimpunan jalanan tetapi kini mempertahankan BERSIH 4.
Alasannya, bahawa rakyat tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa turun ke jalanan untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan kepimpinan negara.
Bekas Perdana Menteri itu juga berulang kali mendesak Najib untuk meletakkan jawatan dan menuduhnya terbabit dengan banyak salah laku, termasuk ‘mencuri’ wang 1MDB.
Najib bagaimanapun berulang kali menafikan sebarang salah laku dan mendakwa Mahathir terbabit dalam komplot untuk menjatuhkannya.
-Malaysiakini
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.