TERAS terima 280 keahlian baharu dari kawasan Krian


KUCHING: Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) menerima kira-kira 280 ke-ahlian baharu dari kawasan Krian, Saratok yang diserah-kan di ibu pejabat TERAS di sini, semalam.

Penyerahan kad keahlian berserta resolusi itu disampai-kan Penghulu kawasan Awek Ali Ben bersama 14 lagi Tuai Rumah atau ketua kampung kepada Timbalan Presiden TERAS Datuk Peter Nansian Ngusie.

“Delegasi yang diketuai seorang penghulu berserta 14 tuai rumah dari Krian ini datang ke sini untuk menye-rahkan 280 keahlian baharu yang kebanyakannya bekas ahli Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

“Selain itu rombongan turut menyerahkan satu resolusi kepada parti yang menye-naraikan apa yang mereka mahukan termasuk sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri dan sudah tentu kepada presiden parti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa Majlis Penyerahan Kad Keahlian yang dihadiri Timbalan Setiausaha Agung TERAS Banyi Briak.

Menurut Nansian, pada perjumpaan itu semalam mereka telah mendengar resolusi yang dinyatakan oleh penduduk terbabit, di mana mereka juga mahukan presiden parti bertanding di Pakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Mereka juga mahukan kerusi Krian diwakili oleh parti kami untuk bertan-ding sebagai calon BN selain memohon untuk memberi kerusi baharu kepada TERAS,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Komuniti berkata, delegasi itu turut menyatakan rintihan ke atas wakil rakyat sedia ada kini di Krian, iaitu pembangkang yang tidak mempunyai bajet untuk membantu mereka.

Sehubungan itu kata Nansian, penduduk mula beralih sokongan kepada BN yang dipercayai akan memberi perkhidmatan serta pembangunan khasnya di kawasan luar bandar.

Jelas beliau, untuk PRN akan datang, BN diyakini akan terus menang, maka dengan itu mereka masih boleh menerima pembangunan.

“Sokongan kepada BN amat penting memandangkan Ketua Menteri menumpukan kepada pembangunan luar bandar dan mereka sewajar-nya mendapat manfaat itu,” tegas Nansian.-Utusan Borneo

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget