Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya telah mempelajari kesilapan yang berlaku sewaktu program ‘Nothing2Hide’ yang terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana kehadiran Dr Mahathir.
“Ia akan jadi lain kalau tokoh-tokoh tertentu berada di tempat seperti ini. Ini seperti forum Nothing2Hide, kalau buat macam tu di tempat (terbuka) seperti ini, ia takkan menjadi.
“Kami telah belajar daripada kesilapan lalu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 pada Sabtu.
Jelas Ahmad, lebih baik jika negarawan seperti Dr Mahathir berjumpa dan berbincang sendiri dengan pihak berkenaan jika ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sesuatu perkara.
“Mungkin beliau boleh panggil Arul Kanda atau Arul Kanda sendiri boleh tawar diri untuk bertemu dengan Tun M.
“Saya rasa pertemuan rasmi atau peribadi dalam kelompok kecil tidak jadi masalah, itu terpulang kepada 1MDB atau Arul Kanda untuk putuskan,”katanya.
Dalam pada itu, Ahmad juga mengakui program Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA dan Bajet 2016 menerima sambutan di luar jangkaan dan menyifatkannya sebagai sebuah program yang berjaya.
Ujarnya, pada 28 November ini, satu lagi forum yang hampir sama akan dianjurkan bertajuk ‘Kaedah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat’ disifatkannya sebagai forum yang lebih dekat dengan masyarakat.-Free Malaysia Today
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.