Tegasnya, beliau tidak akan membuat sebarang permohonan maaf atau menarik balik dakwaan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama Islam itu menyalahgunakan wang anak yatim di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) walaupun didesak.
AKMAL LAGI“Bukan saya yang ambil duit tersebut. Saya tidak tahu nak minta maaf sebab apa.
“Saya bukan suka-suka tuduh beliau. Tetapi setiap bukti yang saya tampilkan semuanya menuju ke arah tersebut dan pencarum YaPEIM berhak tahu ke mana duit mereka pergi.
“Saya minta Jamil perjelaskan, kenapa beliau menggunakan duit tersebut,” tegasnya pada sidang media di Ibu Pejabat NOW, petang ini.
Akmal pada sidang medianya semalam mendakwa, wang tabung anak yatim Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) di bawah seliaan YaPIEM digunakan bagi membiayai lawatan Jamil dan rombongannya ke Amerika pada tahun lepas.
Akmal juga mendakwa, lebih RM400,000.00 digunakan untuk majlis keraian menteri (bermain golf), jamuan promosi (keraian VVIP) dan lawatan empat hari iaitu pada 22, 23, 26 dan 27 Mei 2014 ke Leesburg Outlet + OT, sebuah pusat membeli-belah ‘upscale outlet’ barangan berjenama di Washington DC.
Tidak senang dengan pendedahan itu, Jamil melalui kenyataan segera menggesa Akmal memohon maaf dalam tempoh 24 jam atas dakwaan tersebut atau berhadapan saman.
“Seperti yang saya katakan, Jamil kena buat penjelasan. Kalau nak saman di mahkamah, itu hak dia.
“Namun saya ulangi semula, sebagai menteri, beliau mempunyai tanggungjawab menjelaskan perkara sebenar mengenai wang tersebut,” kata Akmal bertegas mahu Jamil memberi penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan salah guna wang anak yatim sebagaimana didedahnya.-Keadilan Daily
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.