Kedudukan bahasa Malaysia di Sabah berbeza dengan Sarawak, kata menteri


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata kedudukan dan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di Sabah berbeza dengan di Sarawak.

Salleh berkata bermula tahun 1971, Sabah mengiktiraf penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi di negeri ini.

"Pada tahun 1971, kerajaan negeri pada ketika itu mengumumkan enakmen di mana kita mengiktiraf bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Sebab itulah kita tidak sama dengan negeri Sarawak.

"Negeri Sarawak tidak ada berbuat demikian. Ini perlu diberi penegasan agar masyarakat faham bahawa bahasa rasmi di Sabah adalah bahasa Malaysia," katanya.
Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pembentangan Bajet Sabah 2016 di Dewan Undangan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau mengulas isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan Sarawak selain bahasa Malaysia seperti diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini.

Mengenai Bajet Sabah 2016, Salleh berkata bajet surplus itu menunjukkan kerajaan negeri pada landasan yang betul untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan tidak berbelanja melebihi hasil.

Katanya, hasil kerjasama dengan kerajaan persekutuan, Sabah mampu maju ke hadapan dalam pembangunan. – Bernama

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget