MIRI: Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak ber-hasrat menambah keahlian sekurang-kurangnya 200 orang setelah pendaftarannya di Sarawak diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Menurut Pengerusi Protem Amanah Sarawak Fidzuan Zaidi, parti berkenaan cuba berpandangan jauh terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
“Pada masa ini, status semua cawangan negeri masih protem kerana AMANAH hanya diluluskan di peringkat kebangsaan,” katanya.
Beliau memberitahu pada masa kini, cawangan Sarawak telah mempunyai 150 ahli sejak parti berkenaan dilancarkan pada September lalu.
Ketika ditanya tentang bakal calon parti tersebut, beliau menjawab ia bergantung kepada Pakatan Harapan kerana parti itu adalah salah satu daripada ahlinya selain Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Setelah kami mendapat kelulusan ROS, bila tiba masanya, kami akan duduk berbincang dengan ahli Pakatan Harapan tentang hal ini,” katanya sambil menambah, parti itu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya.
Beliau ditemui ketika cera-mah anjuran Pakatan Harapan di Pusat Komersil Boulevard pada malam Rabu lalu.
Turut hadir Presiden AMANAH Mohamad Sabu yang juga merupakan salah seorang penceramah selain Ridzuan.
Penceramah lain adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau Alan Ling, Pengerusi Amanah Miri Yeo Kian Leong dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Miri Teo Jia Jun.
- Borneo Post Online
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.