Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu menegaskan perbuatan itu tidak mewakili kaum Cina dan bukan Islam kerana tiada manusia waras akan melakukan perkara sekeji itu.
“Perbuatan gila Alvin Tan itu merosakkan keharmonian masyarakat majmuk kita. Dia juga memalukan Malaysia,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Alvin mengulangi penghinaannya terhadap Islam apabila menghina al-Quran, kitab suci bagi umat Islam dengan membawa naskhah itu ke tandas sebelum mengotornnya hingga menimbulkan kemarahan ramai selepas perbuatan berkenaan tersebar melalui facebook.
Alvin yang mencari populariti melalui rakaman seks dengan teman wanitanya sebelum ini turut beberapa melakukan perbuatan yang menghina Islam hingga terpaksa melarikan diri ke luar negara.-Roketkini
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.