Kuala Lumpur: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed masih sayang UMNO dan akan kembali bersama parti.
Ahmad Zahid berkata, beliau secara peribadi menghormati keputusan serta pendirian diambil itu untuk tidak lagi bersama UMNO.
Bagaimanapun, beliau melihat keputusan yang dibuat itu akan dipertimbangkan semula apabila tiba masanya nanti.
"Saya menghormati secara peribadi keputusan dan segala diputuskan beliau namun saya fikir tentunya keputusan itu akan dipertimbangkan apabila tiba masanya kelak.
"Saya yakin beliau masih sayangkan UMNO dan sebagai bekas Perdana Menteri yang lama memerintah, tentunya beliau maklum bahawa adanya beliau sebagai Perdana Menteri adalah disebabkan sokongan dan dokongan kepimpinan UMNO," katanya selepas menyempurnakan penyampaian Anugerah Dinar Emas 2016, di sini, semalam.
- HMetro
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.