Tun Mahathir ambil langkah tepat tinggalkan UMNO - Salleh


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah tepat apabila beliau keluar daripada UMNO, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pilihan terbaik bagi Dr Mahathir 'memandangkan hubungan beliau dengan UMNO atau pemimpinnya sudah tidak boleh dipertahankan lagi'.

Melalui catatan terbaru dalam laman blognya hari ini, Salleh berkata: "Tindakan Dr Mahathir memudaratkan parti dan adalah kelihatan tidak logik sekiranya beliau terus berada dalam parti, dan pada waktu yang sama, menentang parti.

"Sekiranya Dr Mahathir ingin terus menyerang UMNO, maka beliau perlu berbuat demikian di luar UMNO. Itu merupakan perbuatan mulia dan beretika untuk dilakukan."

Salleh berkata ini kali ketiga Dr Mahathir meninggalkan UMNO.

Kali pertama ialah apabila beliau dipecat presiden parti ketika itu Tunku Abdul Rahman. Beliau keluar daripada UMNO pada 2008 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui parti itu.

-Awani

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget