UPP sebahagian daripada pasukan BN Sarawak


SIBU: Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh berkata partinya adalah sebahagian daripada pasukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 ini.

Justeru katanya, UPP tidak mahu bergaduh dengan mana-mana parti komponen BN.

“Bagaimanapun, UPP hanya membiarkan Adenan membuat keputusan muktamad bagi menentukan kedudukan parti kita bagi menghadapi PRN 2016 ini.

“Sekarang kita hanya memberi fokus kepada berkhidmat untuk rakyat daripada membuang masa bergaduh serta mengkritik satu sama lain.

“Biarlah Adenan membuat keputusannya nanti,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Insentif Pendidikan UPP Cawangan Pelawan di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi UPP Pelawan Kapitan Datuk Janet Lau dan Timbalannya Toh Jack Kuong.

Seramai 68 penerima daripada 39 keluarga dipilih menerima insentif tersebut berjumlah keseluruhannya RM90,000.

Ini merupakan kali kedua majlis seumpama itu diada-kan untuk membantu pelajar-pelajar bersekolah sama ada masih bersekolah atau mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Kewangan Kedua, merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti itu berkata UPP sentiasa menyokong kepimpinan Adenan dan berikrar terus berdiri teguh di belakangnya.

“Tiada perkara lain untuk UPP, hanya bekerja untuk rakyat dan kita memastikan parti berfungsi dengan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat,” jelasnya.

Sementara itu, Wong berkata UPP terus mengagihkan insentif pendidikan kepada sesiapa sahaja yang memerlu-kan.

Menurutnya, pendidikan sangat penting bagi melahirkan ramai generasi baharu yang berpendidikan.

“Kita menggesa mereka berminat mendapatkan insentif ini supaya memohon kepada pihak kita di cawa-ngan parti berdekatan dengan mereka.

“UPP sangat mementingkan pendidikan. Sebab itu, kita menubuhkan dana pendidikan UPP untuk membantu rakyat mendapatkan pendidikan secukupnya,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget