Kepimpinan Aidel di Sadong Jaya mendapat pujian


KUCHING: Kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo mengurus tadbir kawasan itu mendapat pujian bukan sahaja daripada kalangan ahli parti tetapi juga penduduk di akar umbi.

Perkara itu disuarakan oleh Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sadong Jaya Salasiah Bujang Narawi, 44, yang memberitahu sikap Aidel yang mesra dan mudah didampingi rakyat amat disenangi penduduk di situ.

“Setiap kali beliau mendapat jemputan kenduri daripada penduduk kawasan, beliau pasti akan berusaha untuk menghadirinya.

“Malah, setiap masalah yang diajukan oleh penduduk, beliau pasti akan turun padang melihat sendiri masalah tersebut dan mencari iktiar untuk menyelesaikannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama Salasiah memberitahu, penduduk di Sadong Jaya sentiasa memberi maklum balas positif terhadap apa yang telah dilakukan oleh Aidel di kawasan tersebut.

“Walaupun baharu satu penggal menjadi wakil rakyat bagi kawasan ini, banyak usaha yang telah beliau lakukan demi membangunkan kawasan ini.

“Komitmen tinggi yang beliau tunjukkan dalam membantu penduduk di Sadong Jaya terutama mereka yang memerlukan sentiasa diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Aidel juga kerap mengadakan program di kawasan yang mana dalam sehari sehingga dua tiga program dihadirinya.

“Semalam (kelmarin) beliau baharu sahaja mengagihkan bantuan kerusi roda dan tongkat kepada 12 penduduk kampung di Kampung Semera dan Jemukan,” jelasnya.

Justeru, beliau yakin penduduk di kawasan DUN Sadong Jaya akan memberi sokongan padu kepada Aidel pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget