Tubuh pakatan baharu bukti Pas sedar jadi 'kuda tunggangan' DAP


BAGAN DATOH – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Pas menubuhkan pakatan baharu pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut Ahmad Zahid, tindakan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa akhirnya Pas sedar parti itu selama ini hanya menjadi 'kuda tunggangan DAP'.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid berkata, langkah Pas itu pastinya akan mewarnai arena politik negara selain rakyat mempunyai lebih banyak pilihan.

"Pas umumkan akan menubuhkan kesepakatan baharu, saya peribadi saya amat mengalu-alukan kesepakatan baharu ini.

"Mudah-mudahan Pas menyedari bahawa kesepakatan mereka dalam pembangkang selama ini telah menimbulkan kesukaran dengan kawan-kawan yang bersekongkol terutama DAP yang telah menjadikan Pas dan PKR sebagai tunggangan dan akhirnya Pas sedar dan tidak mahu lagi jadi tunggangan.

"Walaupun ia tidak ada hubung kait dengan UMNO, lebih banyak pembangkang tubuh pakatan baharu lebih baik supaya politik kita lebih demokratik, matang dan rakyat boleh memilih.

"Saya juga harap rakyat juga sedar bahawa DAP tidak lebih daripada anai-anai yang boleh meruntuhkan sistem demokrasi negara,'' katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Amanat Khas Bersama Kepimpinan UMNO Cawangan Empat Peringkat Bagan Datoh di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian, Datuk Khairudin Termizi.

Kelmarin, Pas mengumumkan parti itu akan membentuk kerjasama baharu dengan sebuah parti politik pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pakatan itu akan diumumkan pada 16 Mac ini sebagai blok politik ketiga.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, meskipun UMNO ketika ini berhadapan pelbagai dugaan termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden, Tun Mahathir keluar UMNO dan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, namun dugaan seperti itu telah biasa berlaku terhadap parti keramat itu sejak dahulu.

- Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget