Isu culik PM tidak mustahil hanya sandiwara Umno


SHAH ALAM - Isu cubaan menculik pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mustahil 'sengaja diadakan' bagi menutup kontroversi pengganti Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tanggapan isu itu 'sengaja diadakan' ada asasnya kerana sandiwara Umno sering berlaku dalam pelbagai perkara.

Malah, beliau mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk memperjelaskan di Parlimen langkah-langkah keselamatan diambil dalam menangani masalah keganasan itu sekiranya benar-benar wujud.

"Isunya sekarang soal keyakinan masyarakat terhadap Kerajaan Pusat kerana berulang kali insiden-insiden berlaku atas pertimbangan tertentu dan tujuan lain bagi politik Umno.

"Sekiranya Timbalan Perdana Menteri mendakwa ada percubaan itu, saya kira beliau bertanggungjawab memperjelaskan di dalam parlimen tentang langkah-langkah keselamatan, sedang dan akan diambil kerajaan," katanya kepada SelangorKini.

Mohamed Azmin berkata, penjelasan itu juga penting kerana soal keselamatan milik semua pihak termasuk rakyat dan bukan hanya Perdana Menteri dan tokoh tertentu sahaja.

"Rakyat ingin tahu apakah langkah diambil dan jika Zahid gagal kemukakan satu hujah yang kuat dan menyakinan dalam parlimen, maka tidak mustahil tanggapan itu berlaku kerana sandiwara Umno ini memang sering terjadi," katanya.

Sebelum ini, PAS turut menuntut penjelasan kerajaan berhubung perkembangan lantikan gabenor BNM bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang tamat perkhidmatan bulan depan.

Dalam masa yang sama, parti Islam itu berharap tiada cubaan dilakukan bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penting itu.

Zahid semalam memberitahu Dewan Rakyat, terdapat cubaan menculik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu oleh kumpulan militan IS.

Katanya, pada 30 Januari lalu, seramai 13 orang “dengan elemen IS” merancang menculik Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

- Selangor Kini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget