Azmin Ali layak ganti Najib – Zaid


PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menamakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon Perdana Menteri, menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

Nama Azmin yang pertama disebut beliau ketika ditanya siapakah muka baharu yang berpotensi diangkat untuk memimpin negara ini sekiranya gerakan mendesak Najib meletak jawatan berjaya dilakukan.

“Azmin Ali, dia pemimpin yang bagus,” kata Zaid dalam wawancara bersama FMT hari ini.

Zaid mahu mengadakan satu perhimpunan merentas garis kepartian pada 27 Mac ini, bagi menyatukan pihak penentang Najib dan ‘menyelamatkan Malaysia’.

“Kita perlu melalui, dan menang dalam PRU (pilihan raya umum). Jadi gabungan (yang menentang Najib) ini perlu cukup kerusi…Untuk itu semua pihak ini perlu bersatu,” katanya lagi.

Sebelum itu, beliau menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad, dua tokoh politik daripada era 70an dan 60an.

Anwar, 68, kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh manakala Tun Dr Mahathir, 90, telah bersara pada 31 Oktober 2003.

Zaid turut menyebut AMANAH mempunyai pemimpin yang layak namun tidak menamakan mana-mana individu daripada parti itu.

“(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan Tengku Razaleigh (Hamzah), kalau dia nak. Yang penting, mereka dari golongan yang menolak Najib dan (Timbalan Perdana Menteri) Zahid,” katanya lagi.-FMT

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget