MIRI: Warga SMK St Columba berterima kasih kepada Datuk Hii King Chiong dan Kelab Lions atas kerjasama meningkat kemudahan sekolah.
Petang semalam, Datuk Hii juga pengasas Pusat Khidmat Majulah Miri serta wakil kelab Lions untuk Daerah 308- A2 merasmi projek pembinaan tempat menunggu bas baharu untuk pelajar.
Projek bernilai RM30,000 itu turut mendapat kerjasama dan tajaan lima kelab Lions bawah Daerah 308-A2 iaitu Kelab Lions Mandarin Marudi, Kelab Lions Mandarin Miri, Kelab Lions Mandarin Batu Niah, Kelab Lions Lutong dan Kelab Lions Lambir Miri.
Kerja pembinaan telah siap dalam tempoh dua minggu sekaligus menambah kemudahan tempat menunggu yang memanfaatkan seramai 1200 pelajar.
Datuk Hii yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau turut menyumbang lima lori batu kelikiri untuk menaiktaraf tempat meletak kereta yang terletak bersebelahan dengan dewan sekolah.
Hadir sama semalam ialah Pengetua, Meechang Tuie dan Pengerusi Lembaga Sekolah, Hurbert Horton Kelon.
- Borneo Post Online
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.