Kelantan: PAS ingatkan PAN kalau berkeras, silakan



KOTA BHARU: Tidak ada sebab pihak Parti Amanah Negara (PAN) untuk menggantikan Kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti memandangkan pentadbiran kerajaan negeri masih berteraskan Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata sewajarnya pimpinan PAN tidak berbuat demikian memandangkan mereka sudah mengetahui dasar dan perjuangan PAS itu sendiri.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ketika ditemui pada 'Majlis Kacaa Sugho' anjuran Parlimen Kota Bharu, semalam sebagai mengulas kenyataan Presiden PAN, Mohammad Sabu yang pihaknya bersedia menggantikan PAS mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14 akan datang.

Turut hadir pada majlis itu Adun-Adun dalam Parlimen Kota Bharu, masyarakat pelbagai kaum dan orang ramai.

Sebanyak 10 kawah disediakan untuk memasak bubur berkenaan yang akan diagihkan kepada 1,000 penerima termasuk para pelancong.

“Saya tidak nampak perlunya pihak-pihak lain untuk cuba menggantikan PAS di Kelantan kerana sebab-sebab yang telah saya nyatakan itu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Menurutnya lagi, PAS yang ada sekarang adalah pimpinan yang diwarisi oleh Tok Guru sehingga kini sudah melangkah 25 tahun.

Katanya, begitu juga Menteri Besar dan exco- exco sekarang adalah yang dipilih sendiri oleh almarhum.

“Jadi tidak perlu campur tangan di Kelantan, biar PAS yang mengendalikan kerajaan. Kalau nak campur tanganpun, berilah kerjasama bersama PAS,” ujarnya.

Ketika ditanya berkaitan dakwaan PAN peringkat awal yang dahulunya Parti Pekerja Malaysia mendakwa parti itu tidak akan menjatuhkan Kelantan, beliau berkata, sewajarnya PAN berpegang pada janji sekiranya benar-benar ‘amanah’.

Sebelum ini, Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata pihaknya tidak akan menjatuhkan Kerajaan Kelantan.

Takiyuddin menambah, tidak ada cacat celanya kerajaan sekarang sehingga ada pihak ingin ambil alih pentadbirannya.

“Kalau setakat kekurangan atau kelemahan semua pihak ada kekurangan. Yang penting sekarang kerajaan Kelantan masih dengan dasar Islam,” katanya.

Tambahnya, kalau ada kelemahan seharusnya bekerjasama untuk membantu kerajaan negeri untuk membaikinya dan bukan mengalahkan Kerajaan Kelantan.

“Bagi saya itu yang sepatutnya, tetapi sekiranya mereka tetap berkeras juga untuk mengambil bahagian untuk campur tangan dalam politik di Kelantan, silakanlah,” ujarnya.

Ini kerana, katanya demokrasipun membenarkan perkara itu berlaku dan pihaknya juga menghormati keputusan mereka.

“Kita berada di padang yang sama rata, kita ‘berlawan’ dan kemudian serah pada rakyat untuk menentukannya,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkeyakinan rakyat akan terus bersama kepimpinan yang ada sekarang. - HARAKAHDAILY

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget