Nogeh dan Nansian bukti masih dapat bekerjasama

Nafi tanggapan bahawa hubungan mereka tidak baik

BAU: Ahli Parlimen Mas Gading Anthony Nogeh Gumbek secara terbuka menyatakan beliau bersedia bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie jika Nansian dicalon mempertahan kerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Malah ia dibuktikan lagi dengan kerjasama kedua-duanya buat pertama kali pada majlis perasmian Karnival Mas Gading anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini, semalam.

Berucap pada majlis itu, Nansian juga Menteri Muda Pembangunan Komuniti berkata, kehadirannya semalam untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya mempunyai hala tuju dan matlamat sama.

“Kita di sini pada hari ini (semalam) untuk menepis pendapat dan tanggapan bahawa hubungan kami tidak baik dan kami tidak dapat bekerjasama.

“Sebenarnya kami berada dalam rumah yang sama. Kami mungkin dalam bilik berlainan tetapi rumah tetap sama,” katanya.

Jelasnya, kadangkala konflik berlaku apabila tinggal dalam bilik sama namun ada bantuan menyelesaikannya.

“Sebagai ahli politik matang, kami akan menyerahkan kepada ketua kami untuk menyelesaikan masalah kami,” katanya.

Nansian berkata mereka tidak ada masalah bekerjasama dengan satu sama lain kerana mula bekerja sama ketika menyertai Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) pada 2008.

“Kami tinggal dalam rumah sama. Beliau bertanggungjawab ke atas perkara perundangan dan saya pula terlibat dalam kewangan.

“Jika kami dapat bekerjasama dalam BDA selama tujuh tahun, tiada sebab kenapa kami tidak dapat bekerjasama sekarang,” katanya.

Jelasnya, kerjasama itu akan wujud selagi diberi peluang demi kemajuan rakyat.

Maka itu, katanya, asemalam menandakan permulaan baharu bagi rakyat di Mas Gading kerana mereka melihat kerjasama lebih erat antara beliau dan Nogeh yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Dengan bekerjasama ini, kami dapat melakukan jauh lebih banyak perkara untuk rakyat. Hari ini giliran saya menghadiri majlis beliau, lain kali beliau datang ke majlis saya,”kata Nansian.

Sementara itu Nogeh berkata beliau tidak ada masalah bekerjasama dengan Nansian walaupun mereka bukan dari parti sama.

“Kami membuat perkara ini demi kebaikan rakyat. Perkara paling penting adalah berkhidmat kepada rakyat dan sudah tentu ia dilakukan menerusi BN,” katanya.

Apabila ditanya sama ada partinya Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) membantah kerjasama beliau dengan Nansian dari Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Nogeh menjawab:

“Setakat ini saya belum menerima sebarang arahan daripada kepimpinan parti bahawa saya tidak harus menyokong ketua lain dalam BN,” katanya.

Antara mereka hadir pada majlis semalam ialah majlis semalam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Ranum Mina, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Azini Shaid dan Pegawai Daerah Bau Inting Nyami.

- Borneo Post Online

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget