SPRM Nafi Dakwaan Raja Petra


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata keyakinan dan sokongan orang ramai terhadap SPRM meningkat berikutan pelbagai inisiatif dan tindakan yang dilaksanakan sejak 2009.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob berkata menerusi program transformasi, SPRM melaksanakan pelbagai strategi operasi pencegahan rasuah, pengurusan berkesan modal insan dan meningkatkan usaha mencegah rasuah.

“Pelbagai strategi dan pendekatan telah dilaksanakan termasuk ‘engagement’ dengan pihak-pihak berkepentingan untuk meningkatkan prestasi SPRM secara holistik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan itu sebagai mengulas laporan artikel Malaysia Today tulisan Raja Petra Kamarudin pada Sabtu bertajuk ‘When MACC Literally Gets Away with Murder’.

SPRM juga menekankan bahawa ia tidak semata-mata bertindak ke atas kes berprofil tinggi sebagaimana didakwa Raja Petra bagi meningkatkan kredibiliti dan keyakinan orang ramai ke atas SPRM.

Rohaizad berkata oleh itu SPRM mempunyai tugas dan tanggungjawab moral untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh.

Beliau berkata SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas akan menjalankan siasatan ke atas setiap kes secara telus dan profesional. – mStar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget