Kerajaan sentiasa bawa kemajuan kepada rakyat


SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata selaras dengan pembangunan pesat negeri ini, kerajaan sentiasa berusaha membawa kemajuan kepada semua lapisan masyarakat khususnya penduduk di luar bandar.

Menurutnya, usaha tersebut dapat dilihat melalui pelbagai program pembangunan dilaksanakan kerajaan negeri untuk manfaat dan kesenangan rakyat.

Katanya usaha kerajaan sukar dicapai sekiranya rakyat tidak memanfaatkan segala peluang dan kemudahan disediakan.

“Rakyat tidak boleh bersikap berpeluk tubuh dan hanya mengharapkan segala bantuan dan subsidi daripada kerajaan.

“Sebaliknya mereka perlu berdikari dan mempunyai inisiatif merebut peluang disediakan,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Elly, Kampung Sungai Rawa, Simpang Punda dekat Simunjan kelmarin.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata, rakyat harus memahami dan menerima perubahan dengan mengubah cara berfikir supaya tidak tercicir.

Justeru, kuasa berfikir masyarakat dan kebolehan melakukan inovasi perlu diberi penekanan agar mereka mampu bersaing menghadapi pelbagai cabaran sosioekonomi.

“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sebuah badan berperanan menggerakkan pembangunan dirancang kerajaan di peringkat kampung.

“Pelaksanaan projek memerlukan sokongan dan kerjasama peringkat masyarakat untuk menjamin kejayaan,” katanya.

Hadir sama Pegawai Khasnya Edmund Pirang serta ketua-ketua jabatan.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget