Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent berkata dengan adanya perkhidmatan feri di situ akan menjimatkan masa penduduk ke pekan Kanowit dan tidak perlu menggunakan Jalan Penyulau-Lukut.
“Cadangan perkhidmatan feri ini adalah di bawah projek transformasi luar bandar (RTP) dan diserahkan kepada kerajaan negeri.
“RM1 juta untuk jeti di seberang ini dan RM1 juta untuk jeti feri di seberang sana.
“Saya juga memaklumkan perkara ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk dilaksanakan dan mereka bersetuju.
“Jangan risau, peruntukan untuk jeti feri ini sudah ada dan hanya menunggu dilaksanakan,” katanya ketika menghadiri upacara ‘Begawai Ke Kenyap’ (Majlis Bergawai Ke Mimpi) di Rumah Unchin Demong, Bejait Tengah, Jalan Nibong-Tada di sini kelmarin.
Turut hadir isterinya Susan Clement, Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Ngemah Ramba Resang, Penghulu Barnabas Angkis, Tuai Rumah Unchin dan ketua-ketua masyarakat.
Alexander memberitahu, beliau turut memaklumkan cadangan ini kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bagi menyokong cadangan tersebut untuk kesejahteraan dan keselesaan rakyat.
“Jika semuanya setuju, kita menjangkakan perkhidmatan feri itu akan bermula pada tahun depan,” jelasnya.
Bagi merealisasikan perkhidmatan feri itu demi keselesaan rakyat, beliau mengemukakannya kepada kabinet pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
“Saya juga bercakap mengenai perkara ini kepada Adenan jika diberi peluang berucap pada perasmian Pesta Kanowit 2015 pada 29 November ini yang akan dihadiri oleh beliau sendiri,” tambahnya.
Walaupun sudah mempunyai Jambatan Durin, penduduk di kawasan Jalan Nibong-Tada terpaksa menggunakan jarak jauh untuk ke pekan Kanowit.
Jika mempunyai perkhidmatan feri di Sedaya terus menghubungkan penduduk terbabit ke pekan Kanowit kerana Sedaya adalah terletak di seberang pekan tersebut.-Utusan Borneo
Post a Comment