Dua orang pelajar yang mendapat keputusan paling cemerlang di DUN Lambir iaitu Adik Eling dan Adik Farhani dari SK Sg Rait Bakam.
Menurut Arifiriazul dalam portal PAS Sarawak semalam, kedua-kedua adik tersebut bercita-cita ingin menjadi doktor.
"Pesan saya kepada mereka, sentiasa menjaga solat, dengar dan patuh kata orang tua dan terus belajar rajin-rajin," ujar beliau.
"Semoga dengan inisiatif seperti ini akan dapat memberi inspirasi dan juga semangat untuk belajar bersungguh-sungguh kepada pelajar-pelajar yang lain. In shaa Allah ada beberapa orang anak cemerlang lagi akan diziarahi," tambah Ketua Pemuda PAS Sarawak itu.-SarawakLIVE
Post a Comment