Menurut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, usaha itu akan dibuat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
“Memang betul, saya akui bahawa sebelum ini banyak pengumuman di sana dan di sini tapi saya rasa perkara itu akan dapat diselesaikan tepat pada masanya sebelum pilihan raya nanti. Sasarannya begitulah.
“Yang itu (pembahagian kerusi Pas) saya rasa YB Azmin akan bantu berurusan dengan Pas supaya kita juga capai persefahaman di peringkat Negeri Sarawak,” katanya yang dipetik Sinar Online.
Pada pilihan raya negeri 2011 lalu, PKR hanya menang dua kerusi.
Menurut Rafizi, melalui mesyuarat Pakatan Harapan yang terbaharu, mereka telah memutuskan supaya mesyuarat di peringkat Pakatan Harapan Sarawak dimulakan secara tersusun.
Sebelum ini, Pas menegaskan, pihaknya akan tetap meletakkan 10 calon daripada 82 kerusi pada PRN akan datang berbanding lima sebelum ini.
Bagaimanapun kenyataan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mencabar Pas tidak disenangi parti Islam itu dan meminta supaya ia tidak diganggu.-Free Malaysia Today
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.