Keluarga perkara utama yang tidak boleh dilupa: Jamilah


BINTANGOR: Keluarga merupakan asas penting yang tidak boleh dilupakan walaupun kita ghairah mengejar kemajuan dan kemodenan, kata isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

Jelasnya, keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan negara.

“Kekukuhan institusi keluarga mesti dipertahankan kerana peranannya sebagai asas pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera,” katanya.

Jamilah menjelaskan, pembinaan keluarga bahagia terhasil daripada penerapan cara hidup yang baik.

“Oleh yang demikian, kita mahu masyarakat kita yang sudah berkeluarga dan juga bakal mempunyai keluarga agar berusaha memulihara keutuhan institusi kekeluargaan mereka,” katanya pada program yang dihadiri kira-kira 2,000 penduduk itu.

Jelasnya, keluarga yang bahagia tidak semestinya dilimpahi dengan kemewahan duniawi, tetapi ia akan lebih manis dan bermakna sekiranya ia disinari dengan kebahagiaan daripada pelbagai aspek.

Beliau berkata demikian pada Hari Keluarga anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) P206 Tanjung Manis dan Skuad Sayang Meradong dan Serakup Indu Dayak Sarawak ( SIDS) Bintangor, semalam.

Menurut Jamilah, kebahagiaan dalam keluarga memainkan peranan sangat penting, yang menjadi faktor pendorong kemajuan dan produktiviti serta sebagai asas pembentukan masyarakat harmoni.

“Nilai murni sesebuah keluarga membentuk keperibadian dan pemikiran generasi muda.Keluarga boleh diibaratkan sebagai batu bata yang disusun untuk membina rumah. Begitu jugalah dengan masyarakat kita yang terdiri daripada beribu keluarga.

“Saya amat percaya dengan meluangkan masa, adalah satu cara berkesan untuk memupuk keharmonian dalam keluarga. Selain itu, jangan abaikan soal agama dan moral. Ia amat penting dalam mengukuhkan keluarga yang dibina.

“Peliharalah institusi keluarga dan tingkatkan ilmu pengetahuan supaya kita mampu membentuk sebuah keluarga yang baik dan harmoni,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis ini ialah isteri Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Norasyikin Ibrahim dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Dayang Raoyah Abang Adeng.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget