BN akan tampilkan enam calon wanita: KM

AMANAT: Adenan menyampaikan ucaptama pada Forum Belia TEGAS 2015 di BCCK diiringi Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh (duduk kiri) dan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol

Empat ADUN wanita sedia ada ialah Datuk Fatimah Abdullah, Sharifah Hasidah, Rosey Yunus dan Simoi Peri
KUCHING: Barisan Nasional (BN) akan menampilkan enam calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang termasuk di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Forum Belia TEGAS 2015 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

“Buat masa ini kita mempunyai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita iaitu Datuk Fatimah Abdullah, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Rosey Yunus dan Simoi Peri.

“Jadi pada PRN akan datang, jika kesemua calon wanita kita berjaya memenangi kerusi masing-masing maka kita akan mempunyai enam ADUN wanita dalam kerajaan,” kata Adenan

Fatimah, Hasidah dan Simoi masing-masing daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan merupakan ADUN bagi N. 50 Dalat, N.7 Samariang dan N. 23 Lingga.

Manakala Rosey pula telah memenangi kerusi N.61 Bekenu atau tiket Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebelum keluar parti dan menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Menyentuh mengenai sebelas kerusi DUN baharu yang diwujudkan, Adenan yang juga Ketua Menteri berkata salah satu tujuan penambahan ini adalah untuk pembangunan luar bandar.

“Mengapa saya minta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi DUN daripada 71 kepada 82 kerusi?

“Ini kerana saya mahu lebih kawasan luar bandar diwakili dan menerima lebih banyak peruntukan bagi tujuan pembangunan,” ujarnya.

Sebelas kerusi DUN baharu yang diwujudkan ialah Batu Kitang, Stakan, Serembu, Triboh, Gedong, Kabong, Tellian, Selirik, Murum, Samalaju dan Long Lama.

Ditanya mengapa Sarawak perlu mempunyai parti-parti politik berasaskan kaum seperti parti Dayak, Cina dan lain-lain, Adenan yang juga presiden PBB berkata ia bermula dari sejarah awal politik negara.

“Ketika UMNO diwujudkan orang Melayu menolak penyertaan kaum lain dalam parti ini, maka wujudlah MCA dan MIC.

“Ya, memang kita mempunyai parti-parti berasaskan kaum, namun apabila di peringkat tertinggi BN kita bekerja sebagai satu.

“Jangan berpura-pura sebagai parti yang pelbagai kaum tetapi sebenarnya tidak seperti DAP yang berpura-pura pelbagai kaum tetapi semuanya Cina,” katanya.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget