Jamal desak Izzah dikenakan tindakan paling tegas


PETALING JAYA: Datuk Jamal Yunos mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan paling tegas terhadap Nurul Izzah Anwar kerana didakwanya melakukan pengkhianatan kepada negara dan anggota keselamatan yang gugur ketika pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu berkata, tindakan tegas juga patut dikenakan terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kerana bersama Izzah.

Katanya, tindakan tegas itu bagi memastikan Izzah tidak terlepas dengan tindakannya itu selepas meminta maaf.

“Tak kira apa undang-undang yang ada, gunakan untuk sabitkan mereka,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap Izzah di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Ahad.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau mensasarkan sekurang-kurangnya 1,000 laporan polis akan dibuat terhadap Izzah.

Kumpulan penyokong yang memakai t-shirt merah dengan tulisan Jamal ‘penyokong Dato’ Jamal’ cuba membakar patung replika menyerupai Izzah dan Tian Chua tetapi dihalang anggota polis.

Kumpulan seramai 100 orang itu turut membawa sepanduk dan plakad yang mendesak tindakan tegas terhadap Izzah dan Tian Chua.

Izzah, Naib Presiden PKR telah menyatakan kesal kerana gambar dia dan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram yang membangkitkan kemarahan ahli keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan rakyat Malaysia secara amnya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget