Beliau yang semakin berusia dan juga mempunyai penyakit menyebabkan beliau merasa kesakitan ketika beliau cuba untuk bergerak.
Puan Tamah Bt Khair seorang warga emas yang berusia lewat 60an dijaga oleh menantunya bersama anak lelaki dan cucu tinggal di Kampung Gatas sebuah perkampungan di Bungai. Beliau juga merupakan ibu saudara kepada salah seorang wakil rakyat dalam Dun Parlimen Sibuti.
Menurut Makcik Tamah, beliau terkena strok sewaktu melawat anaknya di sebuah ladang tempat anaknya bekerja. Sejak beliau terkena strok, separuh dari anggota badannya sukar untuk bergerak dan beliau hanya berbaring dikamarnya.
Baru-baru ini PAS Miri telah melawat dan menyumbangkan kerusi roda untuk memudahkan beliau bergerak dan keluar dari kamar tidurnya dengan mengambil angin segar di luar rumah. Pada permulaan terkena strok separuh badan beliau lumpuh dan terlalu sukar untuk bergerak dan sekarang Alhamdullillah ada sedikit perubahan.
Dengan adanya kerusi roda tersebut sekurang-kurangnya mudah bagi ahli keluarganya membawa beliau keluar bersiar-siar sambil mengambil angin segar di luar pantai yang berdekatan dengan rumah beliau di pantai Bungai.
Kita mengesa pihak kerajaan dan badan kebajikan agar dapat terus membantu beliau dalam menyara dan menanggung kos kehidupan harian beliau untuk membeli ubat dan sebagainya. Kesihatan beliau perlu diberi perhatian agar beliau cepat sembuh dan dapat berjalan semula seperti biasa.
Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang berkenaan membantu warga emas yang memerlukan bantuan kebajikan dan kesihatan. Mereka inilah yang amat memerlukan bantuan dan kita harap bajet yang diperuntukan untuk golongan sasaran ini dapat dinikmati oleh mereka yang sepatutnya.
Kita harap masalah rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan dan kesihatan perlu diberi keutamaan oleh pihak pemerintah yang telah diberi mandat oleh rakyat.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
-PAS.ORG.MY
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.