Pengkritik kerajaan suka putar belit isu bantuan rakyat: Nanta


SIBU: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi menempelak sikap pihak tertentu yang sengaja memutarbelitkan isu bantuan rakyat seolah-olah kerajaan dalam keadaan bersalah.

Nanta berkata, beliau berasa terkilan kerana terdapat antara usaha murni kerajaan membantu rakyat adalah lahir dari hati dan persefahaman bersama.

Katanya, adalah lebih elok sekiranya pengkritik berkenaan tampil bersemuka dan mencari jalan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang membelenggu rakyat.

“Saya akui, kadangkala terdapat kekurangan dalam soal bantuan terhadap rakyat namun mereka (pengkritik) harus faham dan nilai kekurangan tersebut dari sudut yang baik.

“Mengkritik dan menyalahkan orang tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya ia merugikan diri sendiri dan orang lain,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis mini Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Lanang yang diadakan di Dewan Kompleks Islam Sibu semalam.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Jefferson Jamit, Penolong Pengarah Kemas Joseph Unsong dan Pengerusi Pengelola Friscilla Bangie.

Mengambil contoh kekurangan terdapat di sesetengah bangunan kemas, Nanta memberitahu perkara itu tidak harus disalah tafsir dan diputarbelitkan.

“Kekurangan itu memang ada, namun kerajaan tetap akan melakukan penambahbaikkan biarpun mengambil masa sedikit.

“Tidak perlu kita sebar perkara sedemikian (kekurangan), seolah-olah kerajaan sengaja berbuat demikian. Bukankah lebih baik jika mereka datang sendiri selesai masalah daripada hanya pandai mengkritik?,” tegasnya.

Bercakap lanjut, Nanta memberitahu bahawa KEMAS membawa banyak manfaat kepada rakyat khususnya di kawasan pedalaman.

Ini terbukti dengan keberkesanan peranan KEMAS dalam membantu kanak-kanak luar bandar dengan pendidikan mereka.

Program KEMAS yang lain, seperti Kelas Pengajian Dewasa, juga telah berjaya membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di pedalaman.

Justeru katanya, rakyat khususnya dikalangan ibu bapa merebut peluang tersebut dengan menghantar anak-anak mereka ke Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS.

Tambahan pula, guru mengajar di tabika merupakan guru terlatih selain turut memiliki kelayakan sekurang-kurangnya diploma.-Utusan Borneo

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget