Pembikinan filem ‘White Rajah’ akan guna pelakon tempatan


KUCHING: Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman memberi jaminan bahawa 30 peratus daripada pembikinan filem ‘White Rajah’ di negeri ini akan menggunakan tenaga pelakon tempatan.

Menurut Kamil, pembikinan filem ini merupakan yang terbesar di negeri ini dan FINAS akan meletakkan syarat 30 peratus ini bagi memastikan pembabitan tenaga produksi tempatan dalam filem ini.

“Pembikinan filem ‘White Rajah’ semestinya memerlukan ramai tenaga pelakon tambahan dan pihak penerbit iaitu Margate House Films boleh mendapatkannya daripada Persatuan Penggiat Filem Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada salah seorang peserta program yang juga penggiat filem tempatan yang bimbang mereka tidak akan diberi peluang untuk menjayakan filem ini.

Tambah Kamil, bagi memastikan penggiat filem tempatan berpeluang untuk terlibat dalam pembikinan filem ini, FINAS katanya akan mengadakan kursus-kursus berkaitan dengan filem itu dalam masa beberapa bulan sebelum penggambaran sebenar pada Julai 2017.

Selain itu, FINAS turut menggalakan penggiat industri tempatan untuk mula membangunkan rekaan produksi, kostum dan sebagainya yang diperlukan dalam filem ini secara tidak langsung akan menjana pendapatan para penggiat filem.

FINAS turut akan meng-adakan program pembikinan filem pendek pada Oktober ini di Sarawak bagi memberi peluang kepada bakat baharu menonjolkan bakat serta hasil kerja masing-masing kepada masyarakat luar.

FINAS menurut Kamil akan terus membantu penggiat industri filem menghasilkan karya-karya yang berkualiti serta boleh dipasarkan di pasaran antarabangsa dalam bentuk bimbingan dan juga pemberian dana.

Pada masa yang sama, di pihak penggiat itu sen-diri mereka digesa untuk menghasilkan skrip-skrip yang berkualiti bagi menarik penaja luar selain bergantung kepada dana FINAS.

“Kita di FINAS mempu-nyai rakan-rakan penghubung dalam industri perfileman tetapi sama ada ia akan diterima atau tidak ia bergantung kepada kekuatan skrip filem dihasil.

“Filem boleh diterbitkan daripada buku atau permainan dan begitu juga dengan buku dan permainan boleh dibangunkan daripada filem,” katanya pada program #tanyafinas di Auditorium FINAS di Jalan Sultan Tengah di sini, semalam.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget