Pembangunan Sarawak masih dekat di jiwa Tun Taib


YANG di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih orang yang sama seperti ketika beliau menjadi Ketua Menteri dahulu, tetapi beliau sangat berhati-hati ketika menangani media baru-baru ini dalam temu bual bersamanya sempena sambutan ulang tahun rasmi beliau yang jatuh pada hari ini (10 September).

Seperti dahulu, beliau menyuarakan apa yang terkandung dalam fikirannya tetapi kita dapat merasai sikap waspada untuk tidak melampaui batas, sebagai tanda menghormati pengganti yang beliau telah pilih – Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Walaupun beliau berhati-hati untuk tidak menyentuh politik, Taib tidak dapat tidak kembali kepada topik yang dekat di hati beliau – pembangunan Sarawak di mana tumpuannya adalah kepada pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

Sayang beliau kepada Sarawak adalah jelas. Malah sebagai Yang di-Pertua Negeri, beliau enggan berpuas hati dengan pencapaian beliau selama ini tetapi sentiasa mengambil berat tentang kemajuan Sarawak dari segi ekonomi.

Berikut adalah petikan daripada temu bual berkenaan:

S: Bagaimanakah anda ingin menggambarkan pembangunan pesat yang berlaku di Sarawak sejak 53 tahun yang lalu?

TYT: Asas ekonomi di Sarawak sedang berubah perlahan-lahan. Kita tidak lagi bergantung kepada minyak dan pertanian tradisional sahaja. Ia adalah satu adunan yang bagus sekarang. Pengindustrian kita sudah berlaku untuk membolehkan kita mempelbagaikan usaha dengan baik tetapi ia menimbulkan persoalan baharu mengenai cara untuk menyediakan tenaga kerja dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Malah sebelum 2020, kita akan menghadapi kekurangan pekerja peringkat pertengahan untuk pada asasnya menggerakkan ekonomi kita. Kita sudah maju sehinggakan kita dapat menangani situasi pekerjaan kita, malah hakikatnya pada hari ini ialah warga Sarawak ada di seluruh Malaysia kerana kejayaan mereka dalam pendidikan.

Kejayaan itu amnya masih memenuhi keperluan peringkat pengurusan. Namun jenis kemahiran teknikal yang kita perlukan pada masa depan belum lagi dimajukan sepenuhnya. Kita perlu memikirkan lebih mengenai pekerja berpendapatan sederhana yang bergantung kepada pembangunan kita, iaitu pada asasnya pembangunan yang mempunyai kandungan yang lebih teknikal. Stail kelayakan lama perlu dipinda dan kita perlu menggalakkan orang untuk mengambil pendidikan teknikal. Saya pernah bercakap mengenai pendidikan teknikal. Kita akan semakin memerlukannya pada masa depan.

Kebanyakan pengindustrian kita berlaku di bahagian utara pada awalnya. Namun di bawah SCORE, kita dapat meliputi kawasan sehingga Tanjung Manis terlebih dahulu sebelum kita dapat berkembang ke Bahagian Kedua. Populasi di Bahagian Kedua sudah berkurangan disebabkan pergerakan ini untuk mengambil peluang pekerjaan.

Bintulu akan menjadi gerbang bagi pembangunan di kawasan pedalaman. Kita sudah melabur banyak dari segi memajukan industri perkayuan dan perladangan dalam kawasan pedalaman. Kita cuba menggunakan pembangunan hidroelektrik kita. Satu sudah siap.

Walaupun kita ada banyak sumber minyak dan gas, kita perlu mempelbagaikan sumber dan menggunakan kuasa hidro dengan lebih banyak lagi pada masa depan. Ia mungkin bukan dalam masa terdekat tetapi dalam jangka panjang, kita perlu memajukannya. Ia adalah lebih baik untuk menggunakan minyak dan gas kita bagi industri petrokimia daripada menggunakannya semata-mata bagi penjanaan tenaga.

Ia bermakna kita mesti belajar untuk mengimbangi penjanaan tenaga dengan penggunaan minyak dan gas bagi industri kita. Saya rasa ia sedang bergerak dengan agak baik. Semakin ramai orang berhijrah ke utara dan populasi Miri tidak pernah berhenti berkembang.

S: Dapatkah Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2020?

TYT: Walaupun dengan premis sekarang, dengan saiz populasi kita sekarang, kita dapat menjadi sebuah negeri maju menjelang 2020. Ia bukan satu cabaran yang besar. Namun itu bukan penamat cerita. Kita sudah melihat bahawa kita sudah meningkat.

Penggunaan tenaga manusia kita, itu akan menjadi satu cabaran kerana kita tidak dapat meningkat jika kita perlu mengimport buruh. Ia tidak akan menyelesaikan masalah itu kerana Indonesia akan memerlukan rakyatnya sendiri untuk keperluannya sendiri.

Contohnya, di ladang kita, kita tidak dapat bergantung kepada pengambilan pekerja dari Indonesia. Sebenarnya kita telah membenarkan pekerja ini dari ladang kita untuk pulang ke tanah air mereka. Ia adalah bagus dari satu segi kerana ia mempercepatkan pembangunan ladang di Kalimantan.

Dan ia adalah bagus untuk kita kerana ia adalah tidak bagus untuk mempunyai jiran yang tidak membangun dengan cukup cepat dan membiarkan jurang di antara kita dengan jiran kita menjadi terlalu besar. Tetapi sekarang kita sudah okay. Dan pengambilan merentasi sempadan adalah jauh lebih produktif.

Dan kita hampir berada pada hujung pembangunan perladangan kita. Apa yang kita perlu fokuskan ialah memastikan pembangunan perindustrian kita akan menjadi fokus utama dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Kita dapat memberi tumpuan yang lebih di Bintulu kepada separa-pengindustrian bagi membuat produk-produk kecanggihan tinggi menjadi produk-produk perindustrian julat tengah di mana negara-negara maju dapat melabur di sini. Ia dapat menaikkan kita satu anak tangga lagi.

Lambat-laun Sarawak perlu berdepan dengan persoalan sama ada kita dapat menggalakkan lebih banyak pembangunan perindustrian yang lebih canggih serta tidak begitu mudah untuk ditarik kerana kita cuba bersaing dengan negara-negara maju yang melakukannya bersendirian. Tenaga buruh akan semakin sedikit disediakan kecuali di China.

Dari sudut lain, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan berdepan dengan kekurangan tenaga kerja perindustrian. Jadi mereka dapat datang ke Sarawak (untuk melabur). Namun China adalah kes yang berbeza kerana ia cuba berkembang seperti kita, menjadi sebuah ekonomi yang seimbang. Jadi China akan menjangkakan lebih daripada negara-negara lain.

S: Bolehkah anda mengulas mengenai interaksi rakyat di kalangan mereka sendiri di Sarawak?

TYT: Pendidikan kita kini bukan sahaja memberi kelayakan dan kemahiran yang lebih tinggi kepada rakyat tetapi ia juga mencetuskan lebih banyak penghijrahan ke pusat bandar. Contohnya kaum Bidayuh sekarang adalah sebuah masyarakat yang berlainan. Ia mempunyai lebih ramai pekerja komersil dan perindustrian berbanding pekerja pertanian.

Namun mereka juga semakin efisien dengan mengguna pakai amalan moden. Saya memandu ke kawasan Bidayuh dan saya tidak melihat lagi rumah atap. Kebanyakan rumah dibuat dengan baik. Hampir dua pertiga tempat yang saya pernah lawati mempunyai kereta dan hampir kesemua mempunyai kaedah pengangkutan tertentu mungkin motosikal atau malah kenderaan beroda tiga. Masalah pengasingan tidak ada lagi di kawasan Bidayuh.

Saya mengambil contoh kawasan Bidayuh kerana ia adalah satu kisah kejayaan dari segi program kerajaan dan pembangunan negara yang telah menarik orang untuk memahami di mana peluang itu berada.

Dan orang Bidayuh memasuki banyak sektor dalam ekonomi kita. Ada yang telah pergi jauh ke Semenanjung Malaysia. Namun masyarakat seperti kaum Iban, kaum Orang Ulu dan kaum Bidayuh boleh dianggap sudah berjaya.

Mereka bukan sekadar bergantung kepada apa yang sedang berlaku di sini di Sarawak tetapi peluang untuk bekerja di tempat lain. Jadi jenis pekerjaan seterusnya di Sarawak adalah pekerjaan teknikal yang kita sudah wujudkan.

Golongan muda diperlukan dalam pembangunan perindustrian yang lebih canggih. Ada antara mereka yang keluar untuk mendapatkan pengalaman. Saya percaya ramai daripada mereka yang akan kembali seperti mereka di Johor dan Kuala Lumpur. Dan itu bermakna mereka akan membawa balik pengalaman. Jadi kita tidak bimbang mengenai perkara itu. Kebimbangan kita ialah selepas 2020, apabila kita menjangkakan kekurangan buruh.

S: Bolehkah anda mengulas mengenai sumbangan komuniti industri pembalakan kepada ekonomi negeri ini?

TYT: Mereka yang terbabit dalam pembalakan telah melabur wang mereka dalam industri lebih daripada pelancongan. Mereka telah memainkan peranan yang dominan dan anak-anak mereka adalah jauh lebih berkelayakan. Dan mereka bukan hanya berada dalam industri pembalakan. Ini adalah semua impak positif yang sudah berubah di negara ini.

Dan mereka tidak tertumpu di Kuching kerana Kuching akan menjadi hebat sebagai sebuah pusat komersil. Tetapi kawasan lain di bawah SCORE juga akan dipercepatkan. Tetapi itu bukan bermakna tempat-tempat seperti Bahagian Kedua tidak akan mendapat pembangunan.

Kita perlu memulakan lebih banyak industri asas tani di sana kerana ia mempunyai banyak tanah untuk dimajukan. Mungkin kita perlu melihat penggunaan tanah kita sama ada kita perlu memindahkan beberapa taman negara yang terlalu dekat dengan kawasan berpendudukan tinggi manakala ada tanah lain yang tidak diusahakan dengan baik.

S: Masihkah anda berhubung dengan rakan-rakan anda?

TYT: Saya mahu berbuat demikian. Saya mempunyai ramai rakan. Ia adalah tidak mudah untuk bebas sepenuhnya bagi tujuan sosial. Jadi saya sudah mula melakukannya. Saya sudah mula mencari rakan-rakan tetapi saya masih mahu menaruh minat untuk memajukan Sarawak, sekurang-kurangnya memahaminya. Supaya apabila orang bertanyakan nasihat dan pandangan saya, supaya apabila saya keluar untuk bertemu dengan rakyat kita, sekurang-kurangnya saya tahu bagaimana untuk menarik perhatian mereka kepada peluang yang ada.

S: Anda dianggap sebagai arkitek Sarawak moden, sila komen.

TYT: Saya tidak mahu dilihat sebagai Arkitek Sarawak Moden. Saya terpaksa melibatkan diri dalam politik Sarawak. Maksud saya, jika kita terlibat dalam politik Sarawak selama 50 tahun dan menjadi Ketua Menteri selama lebih 30 tahun, kita pasti tahu perkara-perkara seperti tapak tangan kita sendiri.

Sebagai Yang di-Pertua Negeri, saya tidak campur tangan dengan dasar kerajaan. Ia timbul dari semasa ke semasa dengan interaksi saya dengan pegawai kerajaan seperti apa yang saya buat.

Jadi saya perlu ada pandangan saya sendiri. Saya perlu ada beberapa keupayaan untuk menyumbang kepada pemahaman tentang pembangunan Sarawak yang saya sudah perolehi. Jika saya mempunyainya, baguslah. Jika mereka tidak mempunyainya, tidak kisah untuk membahagikannya.

S: Sarawak diketahui tegas dalam pemberian anugerah. Apakah pendapat anda?

TYT: Beginilah, saya fikir Sarawak sangat tegas selama ini dan oleh kerana itu, untuk mendapatkan pangkat datuk dari Sarawak adalah sesuatu yang orang rasa…

Salah satu anugerah yang paling dicari-cari adalah anugerah Sarawak, kerana kita tegas dan oleh kerana kita tegas, ia menjadikan anugerah itu lebih bernilai dan memberi aspirasi kepada orang untuk bekerja lebih keras.

Kita perlu tegas. Itu adalah pandangan peribadi saya. Kecuali untuk anugerah kehormat di mana asasnya ialah merapatkan hubungan dengan orang luar.

Namun menurut pandangan saya, pemberian anugerah adalah pada asasnya untuk memberi penghargaan kepada orang yang telah banyak berbakti kepada negara. Dan sehubungan itu, ia harus menjadi inspirasi kepada penerima untuk memberi contoh yang baik, dan bagi orang yang mempunyai aspirasi untuk berbuat baik, mereka berpeluang untuk menerima penghargaan daripada kerajaan negeri atas usaha baik mereka.

S: Selepas menerajui negeri ini selama 33 tahun, Sarawak pasti ada tempat dalam hati anda. Bagaimanakah anda gambarkan hubungan anda dengan Sarawak?

TYT: Beginilah. Jika kita mengangkat seorang anak, kita tidak perlu menyebut anak kita sendiri. Jika kita mengangkat anak dan kita hidup dengan anak itu begitu lama, kita tidak dapat tidak menyayangi anak itu, betul tak? Jadi apatah lagi jika kita bercakap mengenai sebuah negara yang memberi begitu banyak untuk kita. Saya sangat bangga dengan Sarawak kerana saya melihat ia membangun dengan modal yang sedikit sejak 53 tahun yang lalu.

Saya ingat ketika saya dilantik untuk menjadi menteri penuh pada 1963, kita ada defisit sebanyak RM10 juta. Dan kebanyakan kami bimbang mengenai cara untuk tidak dibebani hutang yang terlalu banyak. Kebanyakan kami cuba menarik perhatian yang lebih daripada kerajaan persekutuan kepada Sarawak. Dan simpati daripada Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak adalah lebih daripada apa yang kami sangka kami akan dapat.

Sarawak dilihat sebagai tambahan baharu kepada keluarga dan mungkin dalam sebuah keluarga yang agak makmur. Kita cenderung menyatakan, okay, memandangkan kita mahu semua anak kita menjadi makmur, maka Sarawak dan Sabah mendapat banyak perhatian.

Tetapi berapa banyak perhatian yang kita akan beri dan berapa banyak perhatian ini akan memanifestasikan diri adalah satu persoalan yang mesti dilihat selain apa yang perlu dibuat untuk menjadikan negara ini selamat, bersatu dan progresif.

Sarawak membelanjakan banyak wang untuk keselamatan. Saya memikirkan tentang RASCOM contohnya. Saya rasa jika kita dapat mencurahkan semua wang ke atas RASCOM untuk pembangunan, ia pasti memberi kesan yang amat besar kepada Bahagian Ketiga. Tetapi itulah ia.

Kita kebetulan menubuhkan Malaysia dengan banyak masalah khususnya disebabkan masalah keselamatan. Kita membandingkan diri dengan Sabah. Sabah tidak ada masalah sedemikian. Bagi Sabah, ia begitu mudah dengan bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk pembangunan.

Bagi kerajaan persekutuan, Sabah adalah bayi yang lebih mudah untuk dijaga berbanding Sarawak ketika kita menubuhkan Malaysia. Oleh kerana itu, kerajaan persekutuan tidak dapat membelanjakan sebanyak yang mereka inginkan ke atas pembangunan kerana mereka terpaksa berbelanja lebih untuk keselamatan.

Saya tahu semua perkara ini, tetapi pada waktu yang sama, saya juga tahu kerajaan persekutuan membelanjakan sebanyak yang mereka mampu untuk Sarawak. Jadi perbelanjaan untuk keselamatan pada zaman awal tidak dicerminkan dalam bajet Sarawak. Jadi kita hanya meminta khususnya untuk pembangunan. Tetapi itu bukan bermakna kita tidak harus melihat usaha kerajaan persekutuan untuk menjadikan Sarawak seperti pada hari ini.

Pada zaman awal sehingga kita menyelesaikan masalah komunis bawah tanah pada 1973, kadar kemajuan pembangunan tidak selancar seperti yang kita inginkan. Bagaimanapun, kita melihat bahawa pembangunan telah memberi tumpuan kepada infrastruktur asas yang akan mempengaruhi pembangunan Sarawak.

Kita tidak pernah berputus asa atau memperlahankan pembinaan jalan. Kita menyiapkan jalan dalam bentuknya yang paling asas, sehingga ke Miri, dalam tempoh tiga tahun selepas Malaysia. Dalam usaha itu, bagi saya, ia agak bagus. Bagaimanapun ia hanya jalan utama sahaja.

Rakyat tidak respons kepada apa yang dijangkakan oleh pihak British betul-betul di tengah belantara. Semua rakyat akan pergi ke tepi jalan. Itu berlaku di negara-negara lain tetapi ia tidak berlaku di Sarawak kerana sebab-sebab sosial.

Jadi apa yang berlaku ialah, dan oleh itu, kita ada jalan yang menembusi tanah yang hampir kosong begitu lama, kerana keperluan kita bagi komunikasi dipenuhi.

Namun dari sudut membuka tanah yang menjadi sebahagian daripada sebab untuk membina jalan, ia tidak ditunaikan serta-merta.

Satu perkara adalah untuk membina jalan, di mana lebih banyak tanah dapat disediakan dan tidak digunakan kerana rakyat mempunyai lebih banyak tanah daripada apa yang mereka dapat usahakan. Maka itu, kita ada banyak tanah kosong bagi tempoh yang agak lama sebelum jalan dilihat dapat memenuhi tujuan pembangunan.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget