Ahmad Zahid dahului senarai terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak


KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului senarai 115 penerima pingat Darjah Kebesaran Negeri sempena Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Ke-80.

Ahmad Zahid menerima pingat Datuk Patinggi Bintang Kenyalang membawa gelaran Datuk Patinggi. Darjah kebesaran itu disampai sendiri oleh Tun Taib di Miri, hari ini.

Bagi penerima pingat Datuk Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’ menyaksikan dua penerima iaitu, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Datuk Seri Md Raus Sharif dan isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

Menteri Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi Utom pula menerima antara tiga penerima pingat Panglima Negara Bintang Sarawak yang membawa gelaran ‘Dato Sri’.

Selain beliau, dua penerimanya ialah Ketua Audit Negara Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang dan Pengerusi Eksekutif OBYU Sdn Bhd, Tan Sri Bustari Yusuf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pula antara satu-satunya penerima bagi pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Pingat Jasa Bakti Sarawak yang membawa gelaran ‘Datu’ menyaksikan tiga penerima, iaitu Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Sabariah Putit, Setiausaha Tetap Kementerian Kemudahan Awam Ubaidillah Abdul Latip dan Ketua Pendaftar Mahkamah Bumiputera Sarawak, Ganie Ugay.

Turut disampaikan pingat Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada tujuh penerima termasuk isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Enam penerima lain, Duta Besar Malaysia ke Madrid, Sepanyol Kennedy Jawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Ranum Mina, Robert Laing Anyie, Lim Kian Hock, Pengerusi BNDM Incorporated Holdings Sdn Bhd, Richard Wee dan Pastor Justin Wan.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget