Sarawak Dayak National Union terlalu sakit dan lemah untuk satukan Dayak



SUARA LANTANG:  Apabila William Mawan bercakap tentang mahukan Sarawak Dayak National Union (SDNU) berkerja keras ke arah menyatukan Dayak, saya tidak tahu samada saya patut ketawa atau menangis.

SDNU, di mana orang Dayak suka dikaitkan pada tahun 60-an dan 70-an sehinggalah awal 80-an, nampak sebagai jentera kesatuan yang sempurna, Mawan nampaknya bukanlah orang Dayak yang betul untuk bercakap tentang perpaduan Dayak, walaupun menggunakan SDNU.

SDNU sentiasa ada untuk orang Dayak, tetapi pemimpin-pemimpin silamnya atau masa kini tidak.
Banyak kali, SDNU telah digunakan, disalahguna dan dimanipulasikan untuk hasrat politik, hasilnya sebilangan luka dan parut yang wujud sejak bertahun sangat dalam dan tidak pernah sembuh sepenuhnya.

Sebaliknya,  luka itu membusung setinggi langit sehingga ramai beranggapan bahawa SDNU ialah pesakit kusta yang asyik kehilangan anggota badannya kerana penyakit yang menakutkan itu.

Sebelum ia boleh berada dalam kedudukan memenangi hati orang Dayak dan membawa mereka bersama-sama ke jalan perpaduan, ia terlebih dahulu perlu menyembuhkan penyakitnya itu.

Tetapi selagi mana SDNU terus dikerumuni oleh luka dan parut hodoh yang disebabkan oleh orang yang selama ini diberikan amanah untuk menjaga kesatuan tersebut, ia tidak mempunyai kekuatan moral dan fizikal untuk meraih hormat daripada orang Dayak yang sejak sekian lama terpisah oleh politik licik pemimpin mereka sendiri.

Menyedihkan, Mawan, yang merupakan presiden SDNU sekarang, adalah salah seorang pemimpin Dayak tersebut. Dicemari dan dikotori daripada kepala hingga ke kaki oleh permainan politik yang memberikan kelebihan kepadanya berbanding masyarakat yang diwakilinya, Mawan ialah antara mereka yang tidak layak dan tidak mampu menyatukan orang Dayak.

Dalam soal memecahkan perpaduan Dayak dan melenyapkan kekuatan politiknya, Mawan tidak boleh mendakwa hanya sebagai salah seorang pemain. Hakikatnya, dia memimpin kumpulan yang keluar daripada Sarawak National Party (SNAP) yang kini tidak lagi wujud dan membentuk Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).

Di SPDP dia menjadi presiden dan kekal di sana sehinggalah dia memutuskan yang dia perlu bergerak jauh, di mana dia membentuk pula Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang seterusnya tambah menghancurkan kuasa politik orang Dayak.

Dalam Teras, yang bukan merupakan ahli Barisan Nasional, Mawan tidak tetap duduknya. Kaitannya dengan BN terhad kepada konsep BN Plus, maka kelangsungan politiknya terletak dalam tangan Adenan Satem, ketua menteri dan pengerusi negeri.

Gesaan Mawan dikongsi oleh empat orang ahli dewan undangan negeri lagi, semuanya orang Dayak yang terumbang-ambing dalam lautan politik yang tidak menentu hanya berpaut kepada kapal kecil yang mereka gelar Teras.

Bolehkah SDNU mengubah kesalahan dan kesilapan yang dilakukan Mawan sebelum ini- memecah belahkan orang Dayak dan melenyapkan kekuatan politik mereka?

Apa yang membuatkan Mawan terfikir yang perpecahan yang disebabkan permainan politiknya akan diubah oleh SDNU dengan dia sebagai presiden?

Mawan telah mendesak ahli-ahli SDNU tidak membawa politik masuk ke dalam kesatuan itu, berkata: “ Ini ialah kerana ia boleh memecah belahkan orang. Apa yang kita mahu lihat ialah orang bersatu dan bergerak maju seperti kaum lain.

“Jika kita mahu terus bergerak ke depan dan menjadi organisasi yang menarik banyak manfaat positif kepada orang, kita perlu berusaha untuk menarik generasi muda dan tua untuk bersama-sama duduk di bawah SDNU.”

Tetapi Mawan ialah politikus, dan bukan politikus biasa, tetapi yang mampu melakukan perkara politikus lain tidak mampu lakukan.

Apakah jaminan yang dia tidak akan membawa politik jenamanya sendiri masuk ke dalam SDNU? Tiada! Sebab itulah beberapa tahun kebelakangan ini NGO berasaskan Dayak telah menimbulkan dan menarik perhatian berbanding SDNU.

NGO seperti Dayak Bidayuh National Association (DBNA), Orang Ulu National Association (Ouna), Dayak National Congress (DNC) dan Sarawak Dayak Graduate Association (SDGA) semuanya lebih dikenali berbanding SDNU, yang sehingga hari ini masih melihat dirinya sebagai badan penaung kepada semua NGO berasaskan Dayak, walaupun pada usia 6o tahun, ia secara literalnya masih tidak mempunyai tempat sendiri sehingga memaksa menjadi tuan rumah lawatan Perdana Menteri Najib Razak di pusat DBNA ketika Gawai lepas.

Semakin ramai orang Dayak menemui persamaan dengan SDGA dan DNC untuk membawa kembali semangat kebangaan dan kehormatan kepada komuniti berbanding SDNU yang sudah berusia lebih 50 tahun untuk membantu dalam bidang-bidang yang sehingga hari ini masih lagi tidak berubah seperti dahulu- perkhidmatan awam negeri, biasiswa, pendidikan kolej dan universiti, penglibatan perniagaan, Hak Adat Bumiputera kepada tanah dan lain-lain.

Malah apabila NGO seperti SDGA, DNC dan Sarawak Dayak Iban Association (Sadia) bersuara lantang menyuarkan ketidakpuasan hati mereka dan menekan isu yang memberi kesan kepada orang Dayak, SDNU di bawah Mawan hanya berdiam diri.

Akhirnya, pendirian Mawan dan SDNU dalam banyak isu yang berkaitan kepentingan komuniti Dayak tidak jelas, dan ahli-ahli komuniti init melihat ianya sebagai ketidakmampuan, ketidaksediaan dan kebaculan mereka berdepan dengan pihak terlibat secara bersemuka.

Mawan dan SDNU ialah pemain yang penakut, masuk ke dalam gelanggang tetapi tidak mahu bertumbuk tetapi masih berharap untuk menang.

Ia tidak mahu dilihat sebagai kepala, tetapi juga tidak mahu dilihat sebagai budak suruhan juga.

Jadi, ke mana, sebenarnya arah tuju SDNU?

Tekaan anda sebaik tekaan saya, tetapi seperti yang saya lihat, Mawan sedang mengaburi mata SDNU dan orang Dayak, berpura-pura yang SDNU di bawahnya berkuasa mewujudkan perpaduan orang Dayak yang selama ini dia sendiri membantu memecah belahkan secara sistematik sebagai salah seorang pemimpin Dayak yang menjawat kedudukan.

JIMMY ADIT ialah keluaran sekolah kewartawanan kehidupan. Pernah menjadi politikus, kini dia menghabiskan masanya di pinggir politik.  - The Ant Daily.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget