BARAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan beliau akan memastikan setiap janji kepada penduduk Sarawak ditunaikan, termasuk memberi peruntukan tambahan jika diperlukan.
"Ingat wakil-wakil rakyat... apabila berjanji mesti ditepati. Kalau lambat, saya akan susuli kerana kita adalah kerajaan yang prihatin," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Long Bemang di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom, Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau.
Ahmad Zahid, yang dalam lawatan kerja dua hari ke Bahagian Miri di Sarawak, turut mengingatkan penduduk negeri ini agar tidak terpengaruh dengan janji kosong yang ditabur pembangkang.
Beliau berkata sebaliknya, hubungan erat antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang sedia terjalin perlu dikekalkan agar setiap perancangan pembangunan lebih mudah.
- Utusan Online
Post a Comment