PKR muhasabah, DAP mahu bedah siasat


Sehari selepas berlangsung pilihan raya negeri Sarawak, dua parti pembangkang yang bertanding di negeri itu - PKR dan DAP- nampaknya akur dengan keputusan diumumkan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya akan mengkaji kekalahan di kerusi yang ditandinginya, selain terus konsisten dengan perjuangan mereka.

“Kami akan bermuhasabah diri, serta mempertingkat dan memperbaiki keupayaan pakatan politik ini dalam mempersembah program bersama yang memperjuangkan keadilan sosial dan ekonomi demi rakyat. “Kita perlu mengatasi kepentingan kepartian yang sempit demi perpaduan nasional.

Ini amat penting untuk menzahirkan masa depan yang lebih baik demi Sarawak,” kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu dalam kenyataannya.

Wan Azizah mengucapkan tahniah atas kejayaan BN, ADUN Kajang itu juga mengakui pilihan raya negeri Sarawak adalah paling sukar bagi mereka dengan menempuh pelbagai cabaran dan halangan.

“Amatlah penting untuk ingat bahawa pilihan raya negeri kali ini merupakan pilihan raya negeri yang paling susah bagi kami, dengan pelbagai cabaran dan halangan yang mengingatkan kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mendesak pilihan raya yang lebih bebas dan adil sebelum pilihan raya umum yang akan datang,” tambah Wan Azizah.

Tangani kekecewaan penyokong Sementara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula berkata parti itu akan melakukan bedah siasat selepas mengalami kehilangan lima kerusinya kepada BN.-RM

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget