Pengumuman jawatan TKM Cina dibatal saat akhir

Adenan ketika itu memilih Kui Hian, namun beliau tidak terpilih gara-gara ada pihak yang membantah



PETALING JAYA: Gagal mencapai persetujuan dikatakan punca tiada calon berbangsa Cina dilantik ke jawatan timbalan ketua menteri (TKM) Sarawak.

China Press memetik sumber sebagai berkata, upacara mengangkat sumpah yang dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang Jumaat lalu terpaksa ditangguhkan sejam difahamkan berpunca daripada isu pelantikan seorang wakil Cina sebagai TKM.

Menurut sumber itu, nama Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan ADUN Batu Kawah, Datuk Prof Dr Sim Kui Hian disebut-sebut sebagai TKM, bagaimanapun ada pihak yang tidak setuju disebabkan pengalaman politiknya tidak cukup luas.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan seorang lagi calon ialah bekas Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan ADUN Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh yang lebih berpengalaman.

Sumber itu memberitahu akhbar terbabit, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem ketika itu memilih Kui Hian, namun beliau tidak terpilih gara-gara ada pihak yang membantah.

Adenan kemudiannya melantik ADUN Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah; ADUN Baleh, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan ADUN Satok Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai TKM.

Kui Hian pula dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan manakala Soon Koh merupakan Menteri Kewangan Kedua.

Menurut akhbar itu, wartawan mula hairan apabila pihak berkuasa bertindak menangguhkan upacara angkat sumpah selama sejam dan wartawan dilarang membuat liputan upacara itu.

Adenan pada sidang media selepas upacara angkat sumpah itu menafikan pernah berjanji akan melantik seorang wakil rakyat Cina sebagai TKM.

Mengikut undang-undang di Sarawak, ketua menteri hanya dibenarkan melantik 10 calon untuk menganggotai Kabinet negeri itu dengan hanya tiga calon boleh dilantik sebagai TKM.

Sebarang pertambahan jawatan, termasuk jawatan TKM pernah dibuat melalui penggubalan undang-undang.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget