KUALA LUMPUR: Profesor Ridhuan Tee Abdullah menegaskan bahawa tiada kaum majoriti di Sarawak menyebabkan Ketua Menteri meraikan semua kaum secara adil.
"Ia tidak seperti budaya politik di Semenanjung, majoriti adalah Melayu, hati budi Melayu perlu difahami", ujar beliau dalam Sinar Harian hari ini.
"Sokongan Cina Sarawak kepada pasukan Adenan bukanlah satu perkara yang mengejutkan, apatah lagi jika bulan dan bintang ditawarkan”, komen beliau tentang keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 yang lepas.
"Tidak perlulah MCA atau Gerakan mahu mencanangkan supaya Semenanjung juga mengikut polisi Adenan",tambah beliau.
"Sarawak sangat terdedah dengan diversiti dan ia perlu dihormati", katanya lagi.
Dr. Ridhuan menyatakan bahawa situasi di Sarawak sangat berbeza kerana di Semenanjung, sebahagian ultra kiasu tidak sedemikian sifatnya kerana mereka terlalu perkauman.
"Ini menyebabkan rakyat semenanjung begitu marah dengan Cina Sarawak yang menolak ultra kiasu sehingga menyebabkan pergaduhan di alam siber", tegas beliau.-SarawakLIVE
Post a Comment