“Sarawak Negeri Bapa Adenan, Bukan Bapa Azmin” – Abang Jo


Asal usul bapa kepada Ketua Menteri Sarawak memang orang Sarawak, sedangkan bapa atau datuk kepada Azmin Ali bukan sahaja tiada ada kaitan dengan orang Sarawak, malah bukan berasal dari negeri ini.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini tampil membidas kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin yang mendakwa ‘Sarawak bukan negeri bapa Adenan’.

“Memang Sarawak ini negeri bapa Adenan, bukan negeri bapa atau datuk Azmin,” katanya yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) N.8 Satok.

Abang Johari berkata demikian ketika menghadiri program anjuran Saberkas di Miri pagi tadi.

Beliau yang mempertahan keputusan Adenan mengehadkan tempoh Menteri Besar Selangor itu berkempen di negeri ini.

Azmin dalam satu ceramah di Siburan, Kuching pada sabtu berkata, Sarawak bukan negeri bapa Adenan, tetapi milik semua rakyat Sarawak.

Terdahulu, Azmin turut enggan akur kepada arahan Kerajaan Negeri pimpinan Adenan yang mahu beliau menulis surat bagi meminta kebenaran melanjutkan tempohnya berada di negeri Sarawak. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget