'Surat terbuka Nurul Izzah kepada Adenan Satem'


Terima kasih atas budi bicara Tok Nan yang dengan kuasa seorang Ketua Menteri yang berlapang dada memberi laluan saya masuk selepas DUN dibubarkan jika saya menulis meminta kebenaran dengan baik.

Justeru saya telah menulis surat untuk membenarkan saya selaku Ahli Parlimen, Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya Parti KEADILAN dibenarkan masuk berkempen secara sah seperti yang tertakluk di dalam Akta Pilihan Raya.

Sebagai Ahli Dewan Rakyat selama dua Penggal, saya menjunjung tinggi perlembagaan dan menghormati autonomi yang diperolehi oleh rakyat Sarawak.

Jika tawaran janji Tok Nan benar, maka saya harus dibenarkan masuk tetapi ternyata usaha saya untuk bersama rakyat Sarawak telah dinafikan.

Saya diminta pulang ke Kuala Lumpur hari ini.

Pasti ini adalah bukti bahawa peranan kami sebagai pembangkang bersama rakan-rakan di Sarawak amat berjaya dalam memberikan tekanan di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat sehingga memaksa Tok Nan dan BN membawa banyak perubahan serta membuat banyak janji-janji terutamanya tentang isu autonomi dan tanah adat rakyat Sarawak.

Tindakan dan tawaran Tok Nan dan Team Najib BN nampaknya selari dengan manifesto yang dibawa oleh pihak pembangkang. KEADILAN perjuangkan tolak GST, pertahan autonomi dan pemeliharaan tanah adat.

Hampir 200 kes tanah adat diperjuangkan oleh peguam-peguam KEADILAN yang juga calon pada PRN 11 ini. YB Baru Bian, YB See Chee How, Saudari Jamilah Baharuddin, Saudara Abun Sui, Saudari Athina Sim dan ramai lagi.

Bayangkan jika kami tetap menambah kerusi dan mengurangkan majoriti calon-calon BN, walaupun dalam keadaan dilarang masuk akan menguntungkan bukan mengurangkan suara rakyat Sarawak dalam Dewan nanti.

Jadi Tok Nan yang mengaku lain dari Taib Mahmud dan lain dari Najib, buatlah cara lain dari mereka. Ajulah kita bersaing dengan sihat dan embak Sarawak tok ke mercu kejayaan yang sebenar.

Benarkan rakyat Sarawak memilih, Benarkan kami masuk berkempen.

Salam kasih perjuangan untuk teman-teman di lapangan! Ngap sayot.


#DemiRakyat #DemiSarawak

Daripada, Nurul Izzah Anwar

Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat Parti Keadilan Rakyat
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Benarkan kami masuk berkempen.

-Keadilan Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget