BN main kotor, tapi saya kalah bermaruah, kata Aziz DAP


KUCHING: Meskipun berpuas hati dengan pencapaiannya sebagai calon termuda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11, calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menyifatkan kekalahannya kepada calon Barisan Nasional (BN) sebagai satu pertandingan yang tidak adil.

Aziz 26, mendedahkan punca kekalahannya adalah taktik politik kotor parti pemerintah itu.

Beliau yang ditemui pemberita di pusat Penjumlahan Undi Batu Kitang berkata selain faktor jumlah keluar mengundi yang rendah, beliau juga berhadapan dengan pilihan raya yang tidak adil.

“Selain pengundi Dayak yang beralih arah kepada BN, sekatan terhadap jentera parti dari Semenanjung dan isu serangan peribadi yang melibatkan ahli keluarga, adalah antara yang menjadi faktor kekalahan,” katanya

Namun katanya beliau berbangga kerana “kalah bermaruah” dengan memperolehi undi sebanyak 4,628.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Aziz DAP, turut mengucapkan tahniah kepada calon BN Lo Khere Chiang yang menangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,494 undi.

“Saya mengucap setinggi tahniah kepada Lo Khere Chiang, semoga beliau menjadi pemimpin dan wakil rakyat yang baik,” ujarnya.

Bagaimana pun, Aziz hargai pengalamannya bertanding dalam Pilihan Raya kali ini, dan bertekad bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 nanti. - Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget