Petronas Nafi Jual Aset Pada Rusia


BERNAMA, 25 Mei (Bernama) -- Syarikat minyak nasional, Petronas, menafikan berita ia sedang mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak dari Rusia bagi penjualan aset dan pegangan.

"Kami ingin menjelaskan bahawa Petronas belum dan pada masa ini tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak dari Rusia bagi tujuan yang dinyatakan di atas," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Petronas berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa laporan akhbar baru-baru ini dari Rusia mengenai perbincangan yang bertujuan bagi pelupusan 'aset' dan 'pegangan' tertentu Petronas.

-- BERNAMA
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget