DAP bakal lakar sejarah baru di Sarawak,tubuh kerajaan pada 7 Mei: Lim Kit Siang


KAPIT: Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah menyuarakan keyakinannya terhadap kemenangan DAP secara besar-besaran pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 pada 7 Mei ini.

"Orang kata DAP tidak boleh menang, tetapi saya yakin DAP bakal melakar sejarah baru di Sarawak", tegas beliau semasa program rapat umum di Bazaar Kapit pagi tadi.

Kit Siang yang juga penasihat DAP Malaysia itu juga berkata bahawa beliau amat mengharapkan 'tsunami politik 2008' akan berlaku pada PRN Sarawak dimana pada waktu itu kerajaan BN telah hilang 2/3 majoriti dan ia adalah sangat jelas kerana rakyat sudah sedar.

"Paling kurang pun kita akan turunkan majoriti BN pada PRN Sarawak kali ini", tegas beliau.

"Jalanraya yang dijanjikan oleh kerajaan BN selama 50 tahun masih tidak ada di Kapit termasuk kemudahan asas yang lain", tambah beliau.

"Jika Larry Asap menang pada pilihanraya kali ini, perkara pertama yang akan beliau bangkit pada sidang DUN Sarawak nanti ialah isu jalanraya Kapit-Song yang masih tidak siap", janji Kit Siang kepada pengunjung Bazaar Kapit.

"Empangan Bakun adalah paling dekat dengan Kapit, tapi mengapa rumah panjang masih tidak ada bekalan elektrik?", persoal Kit Siang sambil menegaskan bahawa keadaan itu menunjukkan kerajaan BN yang korup.

Kit Siang juga mempertikai mengapa Sarawak begitu mundur sedangkan hasil bumi yang begitu banyak dan sepatutnya Sarawak setanding Semenanjung.

Pada program yang sama Kit Siang juga menyatakan bahawa DAP bertanding sebanyak 31 kerusi dan ia merupakan sejarah dalam DAP. Namun kata beliau lagi, untuk menubuh kerajaan bukan satu perkara mudah dan ianya memerlukan kerja keras bagi memastikan kemenangan.

"Pada 7 Mei ini nanti, saya berharap DAP akan memang di DUN Pelagus dan Bukit Goram", tegas Kit Siang.-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget