Belia Sarawak akan terus dibangun


KUCHING: Kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menganjurkan program untuk golongan belia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ia selaras dengan hasrat Ketua Menteri dalam mengiktiraf dan membangunkan golongan belia khususnya di Sarawak.

“KBS akan terus melaksanakan pembangunan belia di Sarawak ke arah kemajuan, malah kualitinya mampu bersaing di peringkat antarabangsa bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi ekonomi, kesenian dan perniagaan,” ujarnya ketika menghadiri majlis perasmian Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak 2016 di sini, semalam.

Justeru, Fazzrudin berkata, golongan muda itu harus menyahut saranan tersebut sebagai tanda menyokong dan menyambut baik usaha kerajaan dalam membangunkan belia bagi memastikan golongan itu tidak ketinggalan.

Ketika diminta mengulas mengenai pelantikan barisan kabinet baharu Sarawak, Fazzrudin menyifatkannya sebagai mampu meneruskan kesinambungan pembangunan negeri ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata, pemilihan barisan kabinet oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem adalah tepat.

“Mereka merupakan pemimpin berpengalaman dan kita yakin mereka mampu bersama Ketua Menteri membawa Sarawak ke era lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia Datuk Ahmad Shafawi Ismail dan Pengarah KBS Sarawak Harris Ishak.

Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara itu diadakan bertujuan meraikan dan memberi penghargaan atas sumbangan belia kepada negara.

Di samping itu, menarik pengunjung dari pelbagai latar belakang demografi belia untuk menyerlahkan bakat dan potensi diri.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang sambutan itu termasuk ‘Fit Fest,’ Anugerah Perdana Belia, ‘Hot Spot,’ ‘Mr Gym,’ Kem Pemantapan Kepimpinan Muda, Majlis Perundingan Muda, Karnival Mini Y-Centre, ‘autoshow’ dan ‘Showcase of Talent’ serta Kursus Keusahawanan Bersama SKM-KBS.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget