PAC hanya terima maklumat sahih dan benar

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hanya boleh menerima maklumat yang sahih dan benar dalam laporannya, kata pengerusinya Datuk Hasan Ariffin dalam satu kenyataan akhbar.

Kenyataan itu dibuat susuan laporan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini yang mendakwa Good Star Limited dimiliki Low Taek Jho dengan mengaitkan surat Bank Negara Malaysia (BNM) dengan jawatankuasa itu.

“Selaku pengerusi PAC saya ingin menafikan pemilik Good Star Limited adalah Low Taek Jho seperti yang dinyatakan WSJ dengan mengaitkan surat BNM terhadap jawatankuasa ini,” katanya.

Selain itu, Hasan berkata BNM sendiri menyatakan maklumat yang diberikan bertaraf risikan.

Katanya, PAC bukan badan perisikan dan maklumat yang diterima mestilah sahih dan benar.

“Disebabkan maklumat yang diterima PAC adalah bertaraf risikan, PAC tidak boleh memasukkan maklumat itu kerana ia bercanggah dengan tugas dan tanggungjawab dan boleh menimbulkan prejudis terhadap pelbagai pihak,” katanya.

Beliau berkata, BNM juga menyatakan siasatan terhadap 1MDB sudah selesai dan syarikat berkenaan sudah dikenakan kompaun secara pentadbiran.

“PAC juga sudah membentangkan laporan ke Parlimen. Oleh itu perkara ini selesai dan tidak perlu dipolitikkan,” katanya. - FMT
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget