RM 12 Juta Untuk Bantu Sekolah Persendirian Cina Di Sarawak - Adenan Satem


SIBU – Kerajaaan negeri memberikan peruntukan sejumlah RM 12 juta bantuan kepada sekolah persendirian Cina di negeri ini.

Jelas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, beliau sedia maklum bahawa masyarakat Cina begitu mementingkan aspek pendidikan dan ini dibuktikan melalui pembukaan sekolah-sekolah persendirian di seluruh pelusuk negeri ini.

“Saya tak boleh bayangkan 85 tahun dulu masyarakat Cina membuka sekolah di sini, mungkin mereka bermula dengan bangunan kecil dengan puluhan pelajar, tetapi kini sekolah itu menjadi sekolah terbaik di Sibu dengan hampir 1,000 pelajar.

“Ini menunjukkan masyarakat Cina berpandangan jauh,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-85 penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Thai Kwang, di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Adenan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk sekolah itu sebagai tanda sokongan kerajaan negeri kepada penubuhan sekolah persendirian Cina di negeri ini.

Selain memberikan dana untuk sekolah persendirian Cina, beliau berkata, kerajaan negeri juga mengumumkan pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di negeri ini, seperti terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

“Saya juga bercakap dengan Kerajaan Pusat untuk mengiktiraf UEC di peringkat nasional.

“Saya bercakap dengan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak), dia kata boleh, tetapi beberapa kurikulum perlu diubah sedikit seperti perkara berkaitan sejarah dan memasukkan bahasa Malaysia,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut ialah calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Datuk Tiong Thai King dan calon BN DUN Bawang Assan yang juga merupakan Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Pada majlis itu, Adenan turut menerima cenderamata berbentuk tulisan kaligrafi Cina berbunyi ‘Quan Min Shou Zhang’ yang bermaksud ‘Ketua Menteri Untuk Rakyat’.-KLXpress

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget