Anwar lebih tahu hati perut Mahathir, kata Nur Jazlan

Mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buluh di Selangor lebih mengetahu hati perut Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau menulis sepucuk surat pedas yang panjang lebar mengenai kerjasama partinya, PKR dengan bekas perdana menteri itu.

"Saya rasa sebagai mangsa Dr Mahathir bertahun-tahun lalu, Anwar tahu apa yang dia lakukan," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Nur Jazlan Mohamed.

“Anwar lebih mengetahui hati perut Mahathir," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Pada tahun 1998, Mahathir memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri. Anwar kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan liwat dan penyalahgunaan kuasa.

Anwar sentiasa menafikan pertuduhan itu dan mendakwa ia direkayasa oleh bekas perdana menteri itu dan sekutunya.

Ketua Umum PKR itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya dalam tuduhan berasingan.

Anwar dalam sepucuk surat kepada pemimpin-pemimpin PKR menyatakan bahawa Deklarasi Rakyat tidak konsisten dengan perspektif pembaharuan.

Dalam erti kata lain, surat itu menyatakan bahawa perisytiharan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada dasarnya adalah dokumen Mahathir.

Surat lapan halaman bertulis tangan itu memberi amaran kepada pemimpin PKR tentang kesulitan dan bahaya bekerja dengan Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa pemimpin-pemimpin PKR dan jentera parti mungkin digunakan untuk kepentingan agenda mereka.

"Kami pernah menghormatinya sebagai pemimpin parti, selama 22 tahun sebagai perdana menteri dan sebagai presiden Umno.

"Sekarang dia mahu BN kalah pada pilihan raya kecil itu. Itu menunjukkan ketidak-ikhlasannya dalam perjuangan Umno," katanya.- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget