Dr M bukan simbol pembaharuan, kata Ram Karpal


Anggota Parlimen DAP Ram Karpal Singh hari ini bersetuju dengan kandungan surat yang diutuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anggota PKR.

Ram yang merupakan anggota parlimen Bukit Gelugor berkata, surat Anwar itu merupakan nasihat yang tepat pada masanya dan ia perlu diambil kira oleh semua pihak.

Malah, beliau turut bersependapat dengan Anwar bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai Deklarasi Rakyat mempunyai agendanya tersendiri.

"Saya amat setuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang dikatakan dalam surat beliau itu adalah nasihat yang wajar dan teguran yang sepatutnya diambil kira bukan sahaja ahli parti dia tetapi diambil kira oleh semua.

"Saya rasa ia sebuah nasihat pada masa yang tepat dan saya fikir ia peringatan yang tegas dari Anwar bahawa Dr Mahathir ada agendanya tersendiri dan ia tidak mencerminkan agenda reformasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Selain itu, anak kepada mendiang Karpal Singh itu juga berpendapat, agenda bagi Pakatan Harapan adalah untuk melakukan pembaharuan dan Mahathir bukan simbol kepada perkara tersebut.

"Mahathir bukan simbol kepada pembaharuan.

"Apa yang Anwar cuba lakukan ialah mengingatkan kita bahawa agenda utamanya untuk lakukan pembaharuan dan malangnya ia tidak ada dalam Deklarasi Rakyat," ujarnya. - Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget