Bekerjasama demi kepentingan Dayak


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menggesa semua organisasi Dayak melupakan perbezaan dan berganding bahu demi kepentingan bangsa Dayak sendiri.

Berucap pada perasmian Bazar Gawai Dayak Kuching 2016, Uggah berkata jika perbezaan ini dapat diketepikan, beliau pasti bangsa Dayak tidak akan ketinggalan daripada mencapai Wawasan 2020.

“Saya akui portfolio yang dipegang oleh saya ketika ini amat mencabar dan saya memerlukan sokongan anda semua lebih-lebih lagi daripada bangsa Dayak.

“Sebab itu, saya menggesa semua organisasi Dayak untuk sama-sama duduk berbincang dan melupakan perbezaan agar kita dapat sama-sama maju seperti bangsa lain,” katanya.

Tambah Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, Kabinet Negeri baharu dibentuk dan Pasukan Adenan baharu menang dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11).

Dengan empat menteri Dayak dalam Kabinet Negeri, ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang memerintah hari ini tidak mengabaikan kepentingan masyarakat Dayak.

Turut bersama Uggah dalam barisan Menteri Kabinet Negeri ialah Tan Sri Datuk Amar James Masing yang juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri serta Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan.

Dua lagi menteri Dayak ialah Dato Sri Michael Manyin Jawong yang memegang portfolio Menteri Belia, Sukan dan Perpaduan manakala Datuk Dr Stephen Rundi Utom sebagai Menteri Kemudahan Awam.

Terdahulu pada majlis itu, Uggah turut mengambil kesempatan itu untuk memberi penghargaan kepada bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang atas sumbangan besar beliau kepada pembangunan Dayak.

“Datuk Patinggi Jabu merupakan mentor saya dan beliau merupakan seorang pemimpin yang amat komited dalam membantu masyarakat kita Dayak.

“Justeru pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan bimbingan beliau selama ini yang memungkinkan saya berdiri di sini,” katanya.

Sebagai tanda sokongan kepada penganjuran bazar tersebut, Uggah menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada penganjur yang dipengerusikan Rogies Meringgai.

Dalam pada itu, pelbagai jenis produk dan barangan yang dihasilkan oleh masyarakat Dayak dijual pada bazar tersebut seperti makanan, minuman, pakaian, kraf tangan dan banyak lagi.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Menteri iban ini mungkin hebat tapi tak lebih dari dato jabu anak numpang jugak....tetap jadi Badut dalam BN.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget