Abang Johari Paling Layak Jadi Ketua Menteri


KUCHING: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan tidak mempunyai halangan sekiranya Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak seterusnya.

Sebaliknya beliau menyerahkan sepenuh keputusan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk menamakan penggantinya.

Awang Tengah turut menyifatkan pelantikan Abang Johari sebagai Timbalan Ketua Menteri disebabkan kelayakannya.

“Ya… beliau adalah calon yang berhak dan layak memegang jawatan itu,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu.

Sementara itu, bercakap mengenai pembentukan barisan baharu kabinet negeri, Awang Tengah menyifatkannya lebih teratur dan berstruktur.

Katanya, ia jelas dapat dilihat menerusi portfolio yang diperuntukkan kepada menteri muda.

“Jika kita lihat pada portfolio menteri muda, ia lebih spesifik dan fokus,” ujarnya.

Beliau kini memegang dua portfolio menteri penuh di bawah Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar serta Kementeriandan Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan.

Menjelaskan perkara itu, Awang Tengah berkata Ketua Menteri masih menaruh kepercayaan kepadanya untuk mengetuai dua kementerian.

“Pada awalnya, saya mahu fokus kepada satu kementerian sahaja, tetapi Ketua Menteri masih mengekalkan saya untuk terus menerajui dua kementerian.

“Oleh itu, saya akan melakukan yang terbaik untuk tanggungjawab yang diberikan ini,” katanya.- Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget