Etnik tidak harus jadi faktor pilih TKM


KUCHING: Etnik tidak harus menjadi faktor memilih siapa timbalan ketua menteri sebaliknya ia harus berasaskan merit atau prestasi parti politik.

Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How berkata, malahan pemilihan berkenaan harus jauh daripada bersifat perkauman dan politik pecah dan perintah.

Jelasnya, ia hanya akan memecahbelahkan semua rakyat dalam masyarakat negeri ini yang mempunyai kepelbagaian perkauman.

“Daripada pemerhatian saya, Ketua Menteri boleh menamakan menteri kaum Cina sebagai timbalannya bukan kerana kepentingan politik peribadi dan tidak berpengalaman.

“Jika Datuk Dr Sim Kui Hian menunjukkan kepimpinan dan membawa balik semua bekas pemimpin SUPP tanpa sebarang prasyarat kepada ketua menteri untuk melantik timbalannya, SUPP boleh mempunyai 12 wakil rakyat.

“Dengan demikian SUPP kedua di belakang PBB dan ketua menteri boleh menamakan Datuk Dr Sim Kui Hian atau Dato Sri Wong Soon Koh sebagai timbalan ketua menteri berdasarkan merit politik,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Mengulas mengenai barisan kabinet baharu dibentuk, See yang juga ADUN Batu Lintang berkata, ia jauh daripada jangkaan rakyat Sarawak.

Katanya, beliau menjangkakan kabinet melantik seorang menteri kanan menjaga untuk tugas khas terutamanya memberi tumpuan kepada mendapatkan semula hak autonomi negeri Sarawak.

“Selain sokongan yang besar untuk Pasukan Adenan, propaganda dan manifesto BN untuk pilihan raya negeri baharu berakhir memberi tumpuan kepada memperjuangkan hak dan autonomi Sarawak.

“Ia memberi gambaran kepada ramai rakyat Sarawak terutama di kawasan luar bandar dan pinggir bandar sehingga adanya peralihan sokongan yang memihak kepada BN,” tegasnya.

See tidak menafikan semenjak pentadbiran Adenan sebagai ketua menteri pada 26 bulan lepas, beliau konsisten dengan semangat memperjuang hak negeri Sarawak dan menggesa rakyat untuk berdiri teguh di belakangnya dengan memberi lima tahun dalam usaha mengambil balik hak istimewa milik Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, barisan kabinet baharu tidak mencerminkan aspirasi rakyat Sarawak untuk memberi keutamaan kepada transformasi luar bandar, memandangkan ia hanya mengulangi iaitu keperluan untuk kemudahan asas, infrastruktur dan pembangunan luar bandar.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget