Kerajaan tidak perlu beri sebab sekat Maria ke luar negara


KUALA LUMPUR - Arahan untuk menghalang Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah daripada meninggalkan negara ini adalah dibawah kuasa Akta Imigresen, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata di bawah akta tersebut, Kementerian Dalam Negeri tidak perlu memberi sebarang sebab menyekat sesiapa sahaja daripada meninggalkan negara ini.

"Arahan adalah bahawa dia tidak boleh meninggalkan negara ini. Kami tidak perlu memberikan sebab. Saya hanya berkata daripada tafsiran undang-undang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Walau bagaimanapun, Maria boleh merayu kepada Jabatan Imigresen untuk mengetahui sebab dia telah dihalang daripada meninggalkan negara ini, kata Nur Jazlan.

Malam semalam, Maria tidak dibenarkan melepasi kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu berlepas ke Korea Selatan. 

- BERNAMA

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget